Thursday, June 24, 2010

Gangguan bekalan air semasa kerja-kerja menaiktaraf jalan di Nalitang Kiambor










Kerja Menaiktaraf Jalan Nalitang Kiambor







Kerja-kerja menaiktaraf jalan ini hampir-hampir sempurna. Gangguan cuaca yang sering hujan telah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran kerja-kerja ditapak. Dalam pelaksanaan kerja-kerja ini, banyak penduduk yang senang hati tetapi tidak juga kurang yang merungut, lebih-lebih lagi apabila bekalan air terputus dan gaggal di sambung dengan kadar segera samada oleh Kontraktor pembinaan jalan raya maupun Jabatan Air. ADUN terpaksa turun padang dan melihat sendiri kekurangan ini walaupun terpaksa hadir bersendirian.




Mengikut kapasiti loji rawatan air limbawang, sepatutnya bekalan air terawat untuk Kuala Penyu adalah mencukupi, tetapi keadaan paip saluran daripada beaufort ke Kayul kurang sempurna, begitu juga dengan beberapa buah tangki imbangan/agihan yang belum beroperasi dan beberapa paip yang masih belum di sambungkan ke system.




Sementara bekalan daripada Membakut ke Pekan Kuala Penyu juga mengalami ketidak kesempurnaan, Bekalan yang sampai ke tangki dan pap penanti di Pekan Kuala Penyu mengalami kekurangan bekalan.

No comments:

Post a Comment