Saturday, February 27, 2010

Menyelenggara pam air untuk kawasan Menumbok




Oleh kerana mengetahui bahawa wargadi Menumbok dan sekitarnya sering mengalami ketiadaan air, Ahli Dewan Undangan Negeri sendiri datag bukan sahaja melawat tetapi bersama pekerja Jabatan Air membaiki kerosakan kecil keatas pam air untuk tangki imbangan ke Menumbok


Bekalan air bersih ke Menumbok dijangka bertamba baik selepas pam baru beroperasi dalam awal bulan Mac 2010

Kebocoran paip akibat Kerja-kerja naiktaraf jalan







Gangguan bekalan air akibat Kebocoran saluran paip masih menjadi punca utama permasaalaan bekalan air di Kuala Penyu. Tekanan air yang tinggi juga menyebabkan sambungan paip tertanggal dan memerlukan penyambungan segera agar air di tangki imbangan tidak hilang akibat kebocoran.



Walaubagaimanapun, kita warga Kuala Penyu perlu berterima kasih kepada juruteknik kanan Jabatan Air Kuala Penyu dan krewnya yang telah bertungkus lumus memperbaiki kebocoran ini.



Kekurangan air di kawasan ini dijangka hanya dapat diatasi apabila kerja-kerja penaiktaraf jalan Nalitang Kiambor dan Tempurong saliko mansud selesai kelak















Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N26 Kuala Penyu menyampaikan Salam Kong Hee Fatt Choi kepada warga Tiong Hwa dan juga dusun tatana yang menyambut dan merayakan perayaan TahunBaru Cina di bangunan tokong Kuala Penyu. Beliau juga menyampaikan sedikit ang pau menandakan kemakmuran sambutan ini. Beliau juga mengharapkan agar masyarakat ini akan dapat terus menjalankan aktiviti perniagaan dengan baik sesuai dengan semangat ! Malaysia, Beliau menaruh keyakinan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh dan membolehkan peniaga berniaga dengan aman dan selamat.
Baliau juga turut membuat upacara membuka mata kepala singa yang akan digunakan oleh pasukan pemuda dan pemudi penari kepala singa tokong ini.
Hadir sama dalam upacara ini adalah Pengerusi Tokong Sdra Lim Kian Sing, Keta Masyarakat Cina Yam Ah Pau, Pamaju Masyarakat sdra Teo Guan Oi.

Kunjungan fatt Choi oleh YB Tan Sri Bernard ke rumah Ketua Masyarakat Cina Kuala Penyu
















YB Tan Sri Bernard juga mengambil kesempatan untuk mengunjung Ketua Masyarakat Cina di Kuala Penyu. turut serta dalam rombongan itu adalah YB Donald Majuntin, YB John Teo Mau Sing, Datuk Wences, Datuk Herman, Dr. Sining, Sebahagian dari AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita UPKO termasuk Ketua Daerah Sdra Raymond Insi

Kunjungan fatt Choi ke rumah Pengerusi JKKK Menumpang Kuala Penyu
















YB Tan Sri Benard Dompok, YB Donald Majuntin, YB John Teo Mau Sing beserta Dr. Sining Unci, Datuk Wences, Datuk Herman dan ahli ahli bahagian, Pemuda dan wanita juga mengunjungi rumah Pengerusi JKKK Kampung Menumpang. Seorang dusun tatana beragama Budha yang masih menyambut Tahun Baru Cina.





Perayaan tahun baru Cina di daerah Kuala Penyu juga disambut oleh masyarakat dusun tatana beragama kristian. yang bezanya dengan mereka beragama Budha hanyalah mereka tidak menyembah "Tapikong".





Sembahyang khas perayaan Tahun Baru Cina juga diadakan di Gereja dimana nyanyian berthema Kong Hee Fatt Choi diadakan.

Lawatan Fatt Choi Tan Sri Bernard ke rumah Ketua Kampung di Menumpang Kuala Penyu
















Yang Berhormat Tan Sri Bernard ke Kuala Penyu untuk menyaksikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina oleh Warga Keturunan Dusun Tatana yang beragama Budha telah dilakukan di rumah Ketua Kampung pada hari kedua tahun baru cina baru-baru ini.





Hadir sama pada lawatan ini adalah YB Donald Majuntin, ADUN Moyog, YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuala Penyu, Datuk Wences Angang, Dr.Sining Unchi, Datuk Herman Tiongsu, Ketua Daerah Sdra Raymond Insi, dan beberapa orang AJK Bahagian, Pemuda dan wanita UPKO Kuala Penyu yang berbilang anutan dan kepercayaan.





Kehadiran dan Keprehatinan Tan Sri President amat di harga oleh penduduk Kuala Penyu lebih-lebih lagi Warga UPKO.

Bencana Alam di Kuala Penyu







Satu mesyuarat untuk menangani kemelut kemarau telah diadakan di Pejabat Daerah Kuala Penyu pada 24 Februari 2010 melibatkan kesemua agensi kerajan termasuk pihak Tentera.



Bantuan air akan diurustadbirkan oleh unit pembangunan di Pejabat daerah Kuala Penyu. Kerjasama daripada semua pengerusi JKKK dan Ketua Kampung sekitar Kuala Penyu dan Menumbok untuk mengenalpasti warga yang terlibat adalah diperlukan.

Saturday, February 13, 2010
















Gangguan bekalan air bersih akibat dari tekanan air yang agak tinggi menyebabkan banyak saluran pecah dan bekalan terputus. Paip utama dari Loji Limbawang ke rumap pam kayul, dari pam kayul ke tangki imbangan di Menumbok, Mansud dan juga Janang, masing-masing mengalami kepecahan akibat dari tekanan, dan juga kerja-kerja pengorekan oleh kontraktor.





Saya selaku ADUN Kuala Penyu merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Pengurus kawasan dan kakitangan SESB di Kuala Penyu dan Beaufort kerana membantu segerakan bekalan tenaga kepada stesyen Loji di Limbawang dan rumah pam Kayul, dimana pam boleh beroperasi selama 24 jam.





Juga kepada Jurutera, Juruteknik Kanan, dan semua kakitangan Jabatan Air dimana telah bertungkus lumus membaiki paip dan seterusnya membolehkan air disalurkan kepada pengguna di daerah Kuala Penyu dan Menumbok.





Kepada warga Kuala Penyu yang telah menerima bekalan air ini, tahniah dan terima kasih kerana bersabar menunggu.





kepada yang masih belum dapat bekalan, kita akan terus usahakan bersama Jabatan Air,





Paip telah pecah di beberapa kawasan, seperti Klias, Nukahan, Kayul, Kiambor, Nalitang, Saliko, Sarap Siampak maupun bahagian Menumbok. tetapi sudahpun dibaiki samada kontraktor konsisi jalan maupun Jabatan air sendiri.





Walaupun bekalan air pulih dengan baik, tatapi masih ada rumah dikawasan tinggi belum menerima bekalan air.





walaubagaimanapun bekalan masih belum sempurna kerana dikuatiri paip-paip akan pecah dimana tekanan air sekarang adalah tinggi. maka penduduk perlu simpan air seckupnya untuk digunakan semasa pembaikan paip jika pecah nanti.

Monday, February 8, 2010

Melawat Mangsa Kebakaran di Mansud











Seorang pesarah Jabatan Kerajaan yang sudah uzur telah terlibat dalam kebakaran rumah. Beliau hanya sebatang kera terjaga dari tidor dan segera keluar. Beliau juga tercedera semasa cuba mengambil dokumen peribadi. Ahli Dewan Undangan Negeri bersama dengan ahli-ahli Bahagian UPKO,UMNO dan PBS melawat mangsa dan menghulur sedikit sumbangan. Beliau juga menasihatkan waris mangsa supaya mendaftarkan mangsa ini dengan jabatan Kebajikan untuk bantuan E-Cari. Kerana kedaifan mangsa, ADUN juga menasihatkan beliau di bawa kepada Pejabat Pembangunan untuk didaftarkan ke dalam E-Kasih. Mangsa juga difahamkan mengalami sakit gangguan emosi sekian lama.

Pesta Joran Pesisir pantai Kg. Mansud Kuala Penyu
















Tahniah kepada penduduk Kampung Mansud yang telah dapat menganjur pesta joran. Penduduk Mansud sungguh bertua kerana mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri sungguh berterima kasih dan rasa terharu akan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua masyarakat di kampung Mansud ini.





Warga Mansud juga berterima kasih keatas tukun tiruan yang di berikan oleh Jabatan Perikanan bagi menghasilkan lebih banyak ikan. Malah memohon agar Jabatan ini akan memberikan lebih banyak tukun tiruan dapat dilabuhkan dikawasan ini. Cuma mereka minta rondaan dapat di ketatkan untuk mencegah aktiviti penangkapan dengan mengunakan bahan letupan dan racun.





Pantai Mansud sungguh indah dan boleh dijadikan kawasn riadah, malah ada pengunjung yang datang dari Kawasan Beaufort dan Kota Kinabalu.





Pendudk juga merayu agar kawasan pantai ini boleh di bersihkan dan dibuatkan dengan sebuah Bangunan terbuka sebagai pentas.





sebuah jambatan untuk laluan pintas dengan kampung sebelah. dimana ianya dibuat semasa Kerajaan PBS dan kini telah roboh dan belum lagi di buat dengan yang baru

Jalan Purun Pasir







Difahamkan bahawa laluan ini dibina masa era Kerajaan PBS lagi, ianya di reka bentuk sesuai untuk laluan kenderaan, tetapi hingga kini ianya telah ditumbuhi dengan rumput. Walaupun ada tanda-tanda batu kelikir masih ujud. ianya tidak dapat dilalui dengan kenderaan dengan selesa, kalbot juga belum dipasang, bayangkan.. ianya hanya berada lebihkurang 3km daripada Pekan Kuala Penyu.










Dalam penaiktaraf jalan Nalitang Kiambor, masaalah kepecahan paip bekalan air adalah tidak dapat di elakan. Ini adalah kerana alihan tanah dan paip perlu disesuaikan. Ahli Dewan Undangan Negeri berterima kasih kepada pekerja kontraktor pembinaan jalanraya ini keatas kerja-kerja penaiktaraf jalan. Kepada pekerja-pekerja yang bertungkus lumus membaiki kebocoran air juga amat dihargai. Adun juga bersimpati akan masaalah ketiadaan air yang dihadapi oleh penduduk sekitar kerana kerosakan paip ini. Tapi persafahaman diantara penduduk dengan kontraktor juga perlu sesuai. Kontraktor perlu prehatin manakala penduduk juga perlu bersabar sementara kerja-kerja pembaikpulih dilakukan.










Jalan ini adalah jalan pintas yang menghubungi penduduk dari kawasan perumahan kerajaan pekan Kuala Penyu dengan Jalan lapangan Terbang lebih dikenali dengan Jalan JKR Kanangka, sebahagian tebing sudah roboh dan berbahaya kepada yang menggunakannya. Pita ini sudah ditukar beberapa kali tapi masih juga belum di perbaiki, mungkinkah ini jalan dibawah jagaan Kekal Mewah? atau KPLB? atau penduduk sendiri? Tapi yang penting, ianya perlu dibaiki sebelum menjadi lebih sempit apabila runtuhan bertambah parah.