Thursday, June 24, 2010















Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu Sabah





24 Jun 2010





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Pembinaan Jambatan ini telah diberikan kepada Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar Kampung Seberang dan Pekan Kuala Penyu dan kawasan berdekatan. Ada penduduk yang menyokong akan pembinaan ini manakala ada juga yang menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu bahawa mereka lebih mementingkan pembangunan ekonomi daripada Sebuah Jambatan. Perkara ini boleh dilihat daripada face book. ADUN juga menjangka ianya akan dibangkitkan melalui Blogspot mungkin juga Sabah Kini.





Disamping itu juga seperti ungkapan ”terbinanya jambatan ini tidak akan menyelesaikan semua masaalah Kuala Penyu”.Sebilangan penduduk telah menghumban perkataan ini kepada ADUN yang telah menerimanya dengan tenang dan senyum. Biarlah warga Kuala Penyu secara keseluruhannya menimbangkan perkataan ini.





Kini penyediaan tapak, penanaman sebahagian cerucuk sudah berjalan, dan dijangka akan siap dalam masa 18 bulan. Satu jangkamasa yang agak manasaba atau kurang, biarkan kebijaksanaan kontraktor , Kebijaksanaan pegawai Kerajaan disamping kerjasama penduduk dan keadaan bekalan bahan mentah dan tenaga buruh menentukannya.





YB, tolong kami, kami berterima kasih kepada Kerajaan yang membawa pembangunan untuk anak-anak kami, tapi rumah kami mau diroboh. Duit pampasan bukan banyak..inilah yang disuarakan oleh sekeluarga miskin yang rumah kediaman terletak dalam laluan jambatan ini. Kebetulan adalah juga seorang Ibu tunggal yang masih belum mendaftar dengan E-Kasih maupun E-CARI.





ADUN percaya dengan kerjasama Kontraktor dan penduduk tempatan, projek ini akan dapat berjalan dengan baik. Disamping sikap kontraktor yang bertimbang rasa dan penduduk yang taat ,sabar menanti

Paip air gantian sementara untuk bekalan air di Kg. Rimbaan




Pemaju kerja-kerja penaiktaraf jalanraya Nalitang Kiambor telah memasang paip bekalan air alternatif untuk memulihkan bekalan air terawat kepada penduduk sekitar Nalitang dan Rimbaan. Paip sediada terpaksa di potong kerana memberikan laluan kepad kerja-kerja pembesaran, memotong bukit dan melebarkan jalan sediada untuk persediaan pengaspalan

Gangguan bekalan air semasa kerja-kerja menaiktaraf jalan di Nalitang Kiambor










Kerja Menaiktaraf Jalan Nalitang Kiambor







Kerja-kerja menaiktaraf jalan ini hampir-hampir sempurna. Gangguan cuaca yang sering hujan telah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran kerja-kerja ditapak. Dalam pelaksanaan kerja-kerja ini, banyak penduduk yang senang hati tetapi tidak juga kurang yang merungut, lebih-lebih lagi apabila bekalan air terputus dan gaggal di sambung dengan kadar segera samada oleh Kontraktor pembinaan jalan raya maupun Jabatan Air. ADUN terpaksa turun padang dan melihat sendiri kekurangan ini walaupun terpaksa hadir bersendirian.




Mengikut kapasiti loji rawatan air limbawang, sepatutnya bekalan air terawat untuk Kuala Penyu adalah mencukupi, tetapi keadaan paip saluran daripada beaufort ke Kayul kurang sempurna, begitu juga dengan beberapa buah tangki imbangan/agihan yang belum beroperasi dan beberapa paip yang masih belum di sambungkan ke system.




Sementara bekalan daripada Membakut ke Pekan Kuala Penyu juga mengalami ketidak kesempurnaan, Bekalan yang sampai ke tangki dan pap penanti di Pekan Kuala Penyu mengalami kekurangan bekalan.

Thursday, June 10, 2010

Kerja-kerja pembersihan kemudahan belakang dewan



Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dibelakang Dewan Shahbandar Makang Kuala Penyu. Sejurus itu, kerja-kerja menaiktaraf kawasan ini akan dilakukan. Seperti Kerja-kerja penebusan kawasan dan mungkin juga bina-binaan lain sesuai dengan keadaan dan perayaan-perayaan yang akan datang.


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu John Teo Mau Sing merakamkan ribuan Terima Kasih kepada usaha yang di lakukan oleh DSP HJ Lajim Hj Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P177 Beaufort. ADUN juga menyifatkan bahawa inilah hasil kurang bercakap tapi banyak buat kerja dan membawa banyak hasil bukan macam kebanyakan pengkritik, hanya tahu menkritik tapi tidak mambawa sebarang hasil. Kenapa mahu cakap orang jahat,tetapi sendiri macam mana

Pembangunan Sosial Warga remaja dan semua golongan di Pekan Kuala Penyu-FUTSAL BARU



Pembinaan sebuah gelanggang futsal telah dimulakan di Pekan Kuala Penyu. Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu berterima kasih kepada ke prehatinan Kerajaan Persekutuan dimana telah mengambil kira Keperluan Sosial warga Kuala Penyiu terutama warga muda mudi. Beliau mengharapkan agar gelanggang ini dapat di siapkan dengan kadar cepat agar kemudahan ini dapat di manfaat oleh masyarakat di Pekan ini. Ini adalah salah sat jalan untuk mengisi masa kekosongan warga muda mudi kita di Pekan kita,


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan26 Kuala Penyu amat banga dengan kedudukan yang di berikan kepada DSP HJ Lajim Hj Ukin, kerana selaku Timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, beliau mampu mambawa pembangunan kepada muda-mudi di Pekan Kuala Penyu selepas Pekan Menumbok, Kampung Berangkok dan kini Pekan Kuala Penyu. Hanya sebuah lagi masih belum dilaksanakan iaitu di Kawasan Bundu.

Program Pelestarian E-kasih Program Pemadanan Pekerjaan 3p Daerah Kuala Penyu anjuran bersama Pejabat Pembangunan Sabah & Pejabat Daerah Kuala Penyu
















Program Pemadanan Pekerjaan 3P bagi Daerah Kuala Penyu telah dilancarkan oleh ADUN N26 Kuala Penyu anjuran bersama Pejabat Pembangunan Sabah dan Pejabat Daerah Kuala Penyu berlangsung di dewan Balai Bomba Kuala Penyu pada 10 Jun 2010.






Hadir sama dalam program ini adalah 15 agensi kerajaan dan swasta termasuk Sabah Forest Industries sdn.Bhd., Akil Jutamas Sdn. Bhd Beaufort, Bestamart Hypermarket Beaufort.,BTC Groups of Companies, Akademi Jahotan Mellia, Akademi Binaan Malaysia Sabah, Kentuky Fried Chicken, Borneo Golf dan Country Club, Hotel Boutic Imperial, Kakitangan Pejabat Pembangunan Sabah, Jabatan Tenaga Rakyat antara lainnya.






Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Kota Kinabalu, Jabatan Tenaga Rakyat Sabah Pn.Hjh Sitiaisah, Penolong Pengarah Bhg Kemiskinan Jabatan Pembangunan Sabah Kota Kinabalu






Hadir sama dalam program ini adalah Ibu-Ibu, Bapa-bapa dan warga muda mudi Daerah Kuala Penyu dan Menumbok dalam lingkungan 200 orang. Bagi pencari Kerja yang keluarganya adalah tergolong dalam daftar E-Kasih juga dibantu dengan wang tambang sebnayak RM10 seorang. Inilah keprehatinan Kerajaan Barisan nasional kepada warga yang tersenarai sebagai warga miskin.






Encik Leonard Poyong mewakili Pegawai Daerah Kuala Penyu dan Cik Jumriati Syaripuddin adalah Pengurus Projek. Sementara Unit PKR di wakili oleh Encik Jiki Masu, Encik Wahab Hussien dan Encik Teo Guan Oi






Perasmian disempurnakan oleh John Teo Mau Sing Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N26 Kuala Penyu

Lawatan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah dari ICU JPM, CDO Melawat Pejabat Daerah Kuala Penyu










Taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Leornard Poyong, Penolong Pegawai Daerah bhg. Pembangunan Kuala Penyu kepada rombongan akan aktibiti pembasmian Kemiskinan yang dikelolakan oleh pihak Pejabat Daerah Kuala Penyu . Maklumat keprehatinan ini telah diberikan kepada Pn Hj Normi Nordin dari Ketua Pengarah Bahagian Kemiskinan ICU JPM, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Kemiskinan ICU JPM Tuan Kamarul Arif, Timbalan Pengarah CDO Sabah Tuan Jainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembangunaqn Sabah Tuan Zamlee Sabanah.




Hadir sama di sesi taklimat ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N26 Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan beberapa orang Pegawai rombongan Pejabat pembangunan Sabah sendiri termasuk wakil syarikat yang mengendalikan projek peningkatan ekonomi warga termiskin Daerah Kuala Penyu saudara Moni Epin dalam pemeliharaan cendawan tiram.

Monday, June 7, 2010

Paip bocor lagi dekat Gapu




Memang tidak salah ADUN selalu membawa Japari sepertimana yang di utarakan melalui ruang Sabahkini, tapi pengkeritik tidakpun nampak ketika warga Kuala Penyu mengalami kerosakan paip bekalan seperti ini?


Sepatutnya kita datanglah melawat bersama-sama dan melaporkan kerosakan sedemikian kepada pihak berwajib agar kerosakan dapat diperbaiki. Rakyart dan Kerajaan tidak mengalami kerugian yang besar.


Cerucuk Jambatan sudah tiba


Kapal yang membawa cerucuk simin untuk jambatan Sitompok sudah berada di sungai Sitompok Kuala Penyu

Paip bekaln air bocor lagi







Dalam melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan jalan, semamangnya menerbitkan resiko kerosakan perkara lain seperti paip bekalan air. Tetapi kerosakan ini perlu ditangani dalam kadar segera. Penduduk kampung boleh bersabar tetapi biarlah masa pembaikannya juga berpatutan. Penduduk akan jadi marah apabila kebocoran dibiarkan berlarutan hingga mencangkau minggu.



Alangkah sayangnya air yang telah dirawat, ditumpahkan di tepi jalanraya setelah kita bawa ke Kuala penyu sejauh melebihi 30Km, air sudah sampai untuk kita warga Kuala Penyu manfaatkan, tetapi hilang begitu sahaja..mana tanggungjawab..

tidak juga patut kita yang dewasa in perlu lagi di rotan macam bebudak.

Rumah terbakar di Kg.Puru




Seorang warga kita mengalami musibah kemusnahan rumah kediamannya, masib sahaja tidak ada kehilangan nyawa, semas ADUN melawat, api masih menyala walaupun sepatutnya semua perlu dipadamkan.


Suami dan Isteri mencari nafkah untuk membangunkan ekonomi keluarga berad diluar rumah bekerja tiba-tiba mendapat panggilan telefon menyatakan rumah terbakar..nasib anak-anak yang besar masih bersekolah sementara yang kecil dijaga oleh nenek..

Jambatan Sitompok Kuala Penyu
















Kerja-kerja penyediaan di tapak pembinaan sudah dilakukan, kelihatan tebing disebelah Kampung Seberang sedang di kukuhkan, juru ukur juga sedang menbuat "Alignment", sementara kongsi pekerja sedang disediakan. Jentera pengangkat pail juga sudah disediakan.





Apakah Jambatan ini tidak perlu seperti yang di perkatakan banyak orang seperti mana komen yang terdapat di FB saya? apakan ianya perlu di kemudiankan? sama-samalah kita warga Kuala Penyu merenung akan keperluan ini, Kerajaan Barisan Nasional telah mengkotakan sebahagian janji PR12 lalu.. kita akan saksikan sebahagiannya dalam RMK10 yang akan datang. Apakah PR ingin tolak pembangunan seperti ini..?? terpulang pada kita semua warga Kuala Penyu..Kita warga KP yang tentukan

Jalan kampung di Kibiau tagilung











Difahamkan bahawa Jalan ini dibina semasa era Kerajaan Berjaya dan di selenggara semasa Kerajaan PBS, selepas itu ia telah tidak diselenggara sehingga sekarang ini hanya pejalan kaki sahaja yang dapat melaluinya untuk menoreh getah dan menanam sawit.




Pada masa lalu, ianya digunakan sebagai laluan pintas antara Jalan Kasugira batu Luang ke Jalan tagilung Kikandis




saya hanya melalui jalan ini semasa saya masih bekerja sebagai Merinyu Pekan dalam tahun 1979, dan kini sebagai ADUN pada tahun 2010. Saya yakin banyak juga Pegawai belum bajalan disini melainkan kekawan di kampung berkaitan.Seorang warga telah datang menemui saya, tolong saya YB.. saya mahu bawa kereta angkut kapingan takut dicuri orang kalau disimppan di dalam hutan ini..




Apakah kita masih mahu jatu menjatuhi.. atau saling membantu untuk mencari kebaikan-kebaikan seperti kekurangan ini

Jalan Nalitang being uplift


akhirnya, penaiktarafan jalan Nalitang hampir sampai ke penghujungnya, tapi dalam kerja-kerja penaiktaraf, ada juga kerosakannya, banjir kilat kerana kalbot lambat dipasang, paip pecah dan warga Naloiang dan rimbaan ketiadaan air selama kekadang lebih 1 minggu, pagar yang terosak dan belum dikembalikan, saya percaya ini adalah juga kadang kita lupa akan orang kampung.... kita ingin siapkan saja kerja dengan lebih cepat..tapi apapun kita sama-sama meras manisnya pembangunan dan pahitnya semasa bertarung dengan arus pembangunan..mudah-mudahan manisnya lebih banyak dari pahitnya..

turapan masih belum sempurna kerana cuaca hujan dan akan menjejaskan kualiti turapan.

Jalan Pertanian Kampung Kalampun
















Jalan ini menuju ke kawasan pertanian dimana pekebun kecil mengusahakan tanaman getah, sawit setelah menanam padi bukit. pada masa in hasil komodoti telah mula di rasai oleh beberapa orang peladang kita, tetapi laluan untuk mengeluarkan hasil adalah sukar dimana sebahagian daripada permukaan jalan raya sudah runtuh mungkin akibat dari hujan yang terlalu deras.





Amai ini telah menghubungi saya dan berkata, YB tolong saya...





hasilku sudah mula keluar.. tapi jalan ini..penat saya..










Ya..kadang-kadang saya fikir mungkin Pegawai kita belum bersedia jalan kaki..pigi





tapi kawan kita yang suka kritikpun alun jua nampak paka? amun inda, memang bertubi lagi hentamannya..





saya suka teguran yang membina, biar kita sama-sama menbaiki kekurangan..warga kitani..

Kerosakan jalan kampung asam jawa/batung




Keadaan permukaan jalan ini di kebanyakan bahagian masih elok, tetapi di dua lokasi ini agak licin dan kurang sesuai untuk kenderaan ringan seperti kancil semasa hujan.