Friday, July 15, 2011

Majlis Pecah tanah Jalan Siampak Lambidan































Majlis pecah tanah Naiktaraf Jalan Siampak Lambidan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan juga Ahli Parlimen P177 Beaufort Hadir sama adalah YB John Teo Mau Sing,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N 26 Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai daerah Kuala Penyu. Sdra Tajuddin,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Kerajaan Barisan Nasional tidak hanya berjanji tetapi mengkotakan Janji, kurangkan bercapak tapi lebihkan Kerja.











YB Datuk Seri Panglima juga turut menyampaikan sedikit buah tangan kepada warga OKU dan beberapa penduduk tempatan

Paip Air Utama Bocor di Nukahan































Jambatan Sungai Sitompok






























PEKAN KUALA PENYU










Jambatan melintasi sungai sitompok telah dilaksanakan melebihi setahun. Ianya telah menampakkan corak jambatan jika dipandang dari sudut Palu-palu. Semantara disebelah Pekan Kuala Penyu pula juga sedang rancak di laksanakan. Apakah struktur infrastruktur ini akan membuat Pekan Kuala Penyu bertambah penduduk dan ekonomi turut meningkat? Kita warga Kuala Penyu perlu sama-sama memikirkan cara-cara mempromosikan pekan dan daerah ini.










Kelambatan penyiapan akibat daripada “tower” kapal memasang cerucuk yang terrosak semasa kerja-kerja penurunan cerucuk simin dilakukan. Ianya perlu dihantar Ke Kota Kinabalu untuk dibaiki.










Apakah pembangunan ini tidak di perlukan oleh rakyat, atau pembangkang? Biarlah rakyat yang menilainya dengan lebih bijak sana.

Paip pecah di Siampak






























KUALA PENYU










Paip utama dari Kelias menuju ke Rumah Pam Kayul baru sahaja dibaiki selepas 8 hari kekurangan air. Kini paip untuk menyalurkan air ke Menumbok telah pecah lagi di Siampak. Kerja-kerja pembaikan paip siap dilakukan dalam masa 1 hari. Terima kasih kepada Jabatan Air Kuala Penyu.

Jalan Siampak Lambidan






























KUALA PENYU










Jalan Siampak Lambidan yang dipecah tanah baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan rancaknya. Kemudahan asas yang ditunggu sekian lama telah diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Penduduk kawasan lain masih menanti akan kerja-kerja menaiktaraf di kawasan mereka. Ini adalah hadia kepada penduduk yang telah menyokong dan mengundi Kerajaan Barisan Nasional. Apakah kejayaan ini akan dituntut oleh pembangkang? Biarlah rakyat dikawasan ini menentukan kepercayaan undi mereka.. siapa yang pandai bercakap tapi tidak dapat tunai janji..