Saturday, December 11, 2010
















Buka mata dan terangkan minda, jangan hanya mau mengkritik tapi tak nyata..pulang dan lihat sendiri akan perkara..komen dan tegur bila hanya diguna.. salam saudara..kita 1 Malaysia. Jika saudara seorang beragama..tuntut dan sila betulkan perkara.. Tuhan- Allah sentiasa berada bersama..jangan kata yang tiada.. kerana akan diuntut di hari kelak..lihat..fikir..ada apa.. guna .. diguna.. akan binasa..dan..sila

Agihan peruntukkan ADUN 2010 Kuala Penyu
















adakah saya songlap sendiri atau adakah ada merasa terkilan tak dapat agihan kerana saya berikan agihan ini kepada warga Kuala Penyu mengikut tatacara kewangan yang tidak memihak kepada seseorang individu tetapi kepada warga kita semua bangsa yang memerlukan... terpulanglah.. kepada kita memikirkannya. janga pula menjadi telunjuk lurus tapi kelingking berkait..

Wednesday, December 8, 2010

Pentadbisan Padri Baru Anak Kuala Penyu

















Bermegahlah hai warga Katolik Kuala Penyu dimana telah dilahirkan seorang pembimbing Umat.


Akulah cahaya yang menerangkan dunia,
Antara warga muda yang akan di berikan bimbingan dan tunjuk ajar oleh Padri Justine.


PEMASANGAN PAIP SALURAN AIR BERSIH DI JALAN KAPURAN/RIMBAAN KUALA PENYU



Kerajaan Negeri telah melaksanakan satu lagi projek membaiki infrastruktur asas, iaitu memasang paip saluran air terawat sejauh lebihkurang 3Km untuk penduduk dikawasan Kapuran.


mungkin kuantiti air bersih adalah kurang tetapi dengan pengendalian teratur dan kecekapan oleh kakitangan Jabatan Air Kuala Penyu, Bekalan air boleh sampai kepada pengguna Kecuali kakitangan tidak berkhidmat dengan jujur dan amanah.


Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan melaksanakan program-program pembangunan kepada keselesaan rakyatnya, Kerjasama erat diantara Penduduk, Kakitagan Kerajaan dan Badan Politik perlu seiring demi kesejahteraan semua. Pembangunan tidak akan datang serentak, tetapi dirancang dan disusun mengikut kedudukan ekonomi Negara dalam pengaruh ekonomi Global.

Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu



























Disember 02 2010

Setakat ini kemajuan pembinaan adalah memberansangkan, dimana pencapaian pembinaan telah menjangkau 50% penyiapan.


Gangguan daripada kelewatan bayaran pampasan keatas tanaman, tanah, bangunan telah mengganggu kerja-kerja dilaksanakan dengan terancang dan teratur.







Kilang pembekuan ais yang berada betul-betul di laluan jalan masih belum disempurnakan pampasannya, begitu juga dengan bangunan workshop, dan rumah persendirian.







Tuntutan-tuntutan luaran seperti sangkar Nelayan terosak akibat kederasan air juga diantara menjadi gangguan konsentrasi Pemaju.







Kerajaan Perlu membuat bayaran pampas an dengankadar segera untuk melicinkan kerja-kerja pembinaan untuk mengelakkan kelewatan penyiapan projek jelas Ir. Projek kepada Pegawai Ukur.







Kerja-kerja asas pembinaan bulatan perlu diadakan secepat mungkin.

Tuesday, October 5, 2010

rumah pamAir Kayul Kuala Penyu.





















17 September 2010






ADUN Kuala Penyu selalu melawat rumah –rumah pam air terawat untuk Daerah Kuala Penyu. Air bersih yang disalur masuk ke tangki imbangan di Kayul agak baik, lebih kurang 300M3/jam. Air ini kemudiannya akan dipam ke tangki agihan yang terdapat di Menumbok, Mansud dan Janang secara serentak atau bergilir-gilir. Rumah pam kayul mempunyai attendan pam.

LAWATAN WANITA UPKO BAHAGIAN DAN PBS BAHAGIAN KE HOSPITAL KUALA PENYU





















KUNJUNGAN KE HOSPITAL KE HOSPITAL DAERAH KUALA PENYU SEMPEKA AIDIL FITRI 2010






Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan N26 Kuala Penyu telah menemani Wanita UPKO Bahagian Kuala Penyu membuat kunjungan mesra kepada pesakit yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Penyu. Mengetuai rombongan tersebut adalah Datin Maria Johnny Ketua Pergerakan Wanita Bahagian . Diiringi oleh Puan Mary Gintukod Isteri ADUN an 18 orang ahli pergerakan wanita UPKO, 2 orang wanita Bahagian PBS dan Puan Lindah Insil-ketua pergerakan Komulokan UPKO Bahagian. Sedikit buah tangan dan duit raya juga disumbangkan kepada pesakit.

Thursday, August 19, 2010

ADUN Melawat mangsa Kebakaran di Kg. Batu Luang















LAWATAN KERJA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN N26 KUALA PENYU





RUMAH TERBAKAR









DI KG BATU LUANG





19 Ogos 2010









Menurut mangsa, kira-kira jam 12.30 pagi 18 Ogos 2010, beliau tersedar dari tidur apabila mendengar letupan yang agak kuat. Terasa akan bahang yang sungguh panas, beliau segera mengejutkan isterinya yang sedang tidur nenyak. Mereka berdua terus meluru keluar untuk keselamatan. Pasangan warga emas ini kehilangan semua dokumen diri maupun harta termasuk wang yang diterima dari E-CARI yang baru di terima oleh mereka. Rumah yang terbakar ini adalah yang dibina oleh beliau semasa masih berusia muda dengan menggunakan kayu keras musnah tinggal tunggul tiang sahaja.





Pihak keselamatan dari Balai Polis Daerah telah melawat dan membuat laporan yang sewajarnya. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Daerah juga telah melawat mereka.





Turut melawat mangsa adalah Pengerusi JKKK Gerowot dan Ketua Pemuda UPKO. ADUN Menghulurkan sedikit sumbangan kepada amai ini saudara Pakang Kasai. Buat sementara waktu, mangsa duduk dengan keluarha anak perempuannya di kampung Gerowot.

Wednesday, August 18, 2010

Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Pembinaan Jambatan Sg. Sitompok
















JAMBATAN SITOMPOK KUALA PENYU






18 Ogos 2010





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Mesyuarat pemantauan tapak telah diadakan pada hari ini jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Pejabat Pelaksanaan Projek Jambatan Sitompok.











Pembinaan jambatan berjalan dengan baik. Antara gangguan yang berlaku hanyalah kelambatan pembayaran pampas an kepada pemilik bangunan-bangunan yang secara kebetulan berada benar-benar di laluan jambatan berkenaan. Sebuah rumah persendirian di sebelah palu-palu. Menakala di sebelah Kuala Penyu pula adalab bangunan setor lama dan juga kilang pembekuan air batu.











Kemungkinan juga kerja-kerja penimbusan dalam penyediaan tapak ini akan menyebabkan laluan air pasang surut turut menyempit dan air larian akan bertambah deras. Ini akan sedikit sebanyak mendatangkan gagguan kepada permukaan air sungai di dasar sungai sitompok secara sementara. Mungkin juga akan menyebabkan gegaran kepada paip bekalan air bersih di dasar sungai. Iaitu saliran air terawat dari Membakut ke Pekan Kuala Penyu.











Hadir sama pada mesyuarat ini adalah John Teo-ADUN Kuala Penyu, Pemaju Mesyarakat-En Teo Guan Oi, Sdra Yunus dari PPHT, wakil dari SESB, Sykt.Telekom Malaysia. Konsultan projek dan Pemaju Projek.

Kemajuan Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok





















KUALA PENYU 17 OGOS 2010











PEMBINAAN JAMBATAN SG. SITOMPOK, KUALA PENYU






Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Penyu melawat tapak projek pembinaan Jambatan Sitompok pada 17 Ogos 2010 mendapati pembinaan sedang rancak berjalan. Di kawasan palu-palu, Kerja-kerja menyemen tapak cerucuk sedang dijalankan. Besi-besi sedang diikat untuk tujuan membuat “Beam”.











Terdapat sebuat rumah kediaman yang terletak terlalu hampir dengan tapak pembinaan masih belum berpindah kerana masih menanti rujukan semula perundingan sagu hati gentian rumah.






Pemaju juga telah menawarkan bantuan untuk menimbus guna tapak rumah dikawasan baru agar perpindahan dapat di lakukan dengan lebih cepat.






ADUN Juga turut berbincang dengan tuan rumah yang terlibat agar dapat bekerjasama dengan kerajaan dan berpindah segera supaya keselamatan mereka dapat di utamakan.

Taklimat kepada kontraktor pembinaan ruman PPRT
















Saudara Edmund Teo-Pegawai Daerah Kuala Penyu, saudara Leornard Poyong-Penolong Pegawai daerah Kuala Penyu (Pembangunan) telah memberikan taklimat mengenai pembinaan perumahan rumah termiskin daerah Kuala Penyu. Mereka dibantu oleh juruteknik yang akan menyelia pembinaan rumah-rumah ini kelak. Pemaju mukim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat saudara Marcellinus Piong juga diminta mebantu memantau kemajuan pembinaan perumahan ini kelak. ADUN Kawasan Kuala Penyu juga memohon agar pembinaan ini dapat dilaksanakan dengan baik agar ianya dapat dimanafaatkan oleh golongan sasaran. Kualiti kerja juga perlu dititik beratkan.