Wednesday, July 28, 2010

Jambatan Sitompok



Jambatan Sitompok


26 Julai 2010


Alat pembancuh konkrit yang terletak di sebelah Kg. Gandangon telah dipasang dan sedang diuji taulia. Kerja kerja menkukuhkan tapak laluan kenderaan sedang dilakukan.


Sementara kerja-kerja menghentak cerucuk di sebelah Kg. Sebarang sedang giat dijalankan. Kerja-kerja memasukkan cercuk simin ke perut bumi sebelah Kg. Gandangon akan bermula sebaik sahaja kerja-kerja berkaitan disebelah kg. seberang siap dibina.


ADUN sambil tersenyum dan berkata, inilah hadia Kerajaan Barisan Nasional kepada semua Rakyat Kuala Penyu hasil daripada Kembalinya Keruisi N26 kepada BN. Ada undi ada Jambatan sudah dijawab.

KURSUS BUAT PASTRI, KEK DAN BISKUT










Kursus membuat kek, pastry & Biskut




tahun 2010




Daerah Kuala Penyu




25 Julai 2010




Sebanyak 30 orang peserta dari Daerah Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok telah mengambil bahagian dalam kursus diatas. Selain dari pada wanita, terdapat dua orang lelaki juga mengambil bahagian.




ADUN Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing merakamkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang diwakili oleh Encik Yassin Omar yang telah meberikan dana bagi membiayai program tersebut. Sesuai dengan objektif kursus adalah untuk menanam minat belia menceburi diri dalam bidang penyedia makanan sebagai sumber pendapatan tetap dan member I tunjuk ajar teknik membuat dan menyediakan pelbagai jenis bahan makanan yang bermutu dan berpotensi untuk diusahakan.




Beliau menambahm perkara ini bukan sahaja dapat membantu warga Kuala Penyu menguruskan keperluan sendiri tetapi juga akan dapat meningkat ekonomi keluarga dengan mengadakan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menaruh harapan agar ada diantara peserta ini akan menjadi peniaga yang Berjaya dimasa hadapan.




Walaupun ianya adalah hari Ahad, Hadir sama pada Majlis perasmian penutupan kursus tersebut adalah Pegawai KKBS Daerah Sipitang Sdra Nordin Ismail, Pegawai dari Taman-taman Sabah, Ketua Kampung Tenambak, Ketua kampong Tedong. Peserta di ketuahi oleh Saudari Khairulnisah Jaliman.

Sunday, July 25, 2010

Jambatan Kiaru Bakong






Ahli Dewan Undangan Negeri E John Teo Mau Sng telah melawat jambatan kenderaan simin yang baru lebih kurang sebulah disiapkan. Turut melawat sama adalah Saudara Jafari Kunin, ketua pemuda UPKO..ADUN berkata.. ngam kah ini.. macam lain pulang bahagian bawah jambatan ini..inda runtuhkah ini..taburai sudah dawai gabionnya..

Ratu cantik rumbia


Pertandingan ratu diadakan didalam dewan D Sahbandar makangyang berhawa dingin. Tetapi gangguan letrik berlaku semasa penyampaian hadia menyebabkan ianya terpaksa dilakukan secara tergesa-gesa kerana malam sudah menjelang.

Makanan tradisi --ambuyat dan butot
















Di atas meja ada ambuyat.. pisang bersama kubal..lauh masakan tradisi..kuah cecah sagu yang pedas ada.. yang lemak pun ada..yang paling enak.. kata ADUN.. nah inilah butot yang dipanggang macam sateh.. jaga kolestrolnya tinggi..

Tarik tali
















Limbang atau Papar adlah acara akhir tarik tali, dimana Limbang telah menjuarai acara tarik tali kali ini. Masing-masing dengan teknik yang ada.





Pasukan tertutup Kuala Penyu pula tidak kurang hebatnya.





Dalam acara ini, ada juga yang pengsan semasa acara sedang dijalankan. Acara ini juga dilancarkan oleh YB ADUN John Teo Mau Sing





Acara inilah yang paling disukai ramai sehinggakan sukar bagi pasukan rela untuk mengawal.. mungkin mereka pun terlalu suka untuk menjadi penonton dalam masa mengawal.. ha

..

Tarik batang rumbia berpasukan




antara acara baru adalah menarik batang rumbia berpasukan. Biasanya batang rumbia ditarik menggunakan kerbau di tanah lumpur, tetapi kali ini menggunakan manusia diatas jalanraya. mungkin ada yang trkupas kulit kaki kerana tidak guna kasut.


Penganjur menjangkakan acara ini akan disertai oleh pelancong luar negara, tetapi pengusaha pelancungan tidak ada membawa pelancong untuk turut serta acara ini

Orang kuat rumbia
















acara baru yang juga tidak kurang menarik adalah orang kuat rumbia, membawa batang rumbia yang telah disediakan sejauh 50meter, samada dengan mendukung, peluk..sahan, gendong tapi tidak dengan cara mengolek.. hadia sebanyak RM1,000 kepada pemenang yang terpantas.

tapi jangan sampai terseliu urat punggung

Manjajak sago oleh ADUN dan ADR











Menjajak sago merupakan satu "art" yang dibuat dengan rentak yang membolehkan sagu dapat diperah dari ripaunya. secara tradisi, menggunakan tenaga manusia menekan-nekan ripau ini dengan kaki dan disiram dengan air yang banyak. Secara modennya, menggunakan mesin yang berputar, air yang mengandungi sgu akan berkumpul dan dikutip seperti mesin pembasuh kain.

menayak sago



Cara mangayak, mesti di buai miad diti..palan-palan ayunon kuri kuri

Mamalu rumbio




mamalu rumbia adalah cara lama seperti mengarus, teknik ini berbeza dari seorang ke seorang, halus atau kasarnya hasil paluan akan menentukan kualiti ripau yang dihasilkan. YB DSP HJ Lajim berkata, dulu semasa muda saya orang susah inilah kerja saya...

Mengupas kulit rumbia











acara mengupas kulit rumbia adalah acara baru dalam pengisian sambutan perayaan Pesta rumbia pada tahun 2010 ini. menggunakan tombak besi dan kupas, kalau kurang tepat.. samada rumbia akan rosak atau kaki sendiri yang terkupas.. hati-hati, markah dikira dari kesempurnaan batang rumbia yang telah dibuang kulit.

Mengarus rumbia











Pertandingan mengarus rumbia adalah acara yang boleh dilakukan samada wanita maupun lelaki, yang telah berumur maupun yang masih muda.. cuma samada punggung mungkin akan terasa silu..ataupun nafas mungkin sesat pada mereka yang jarang mengarus menggunakan alat tradisi ini.. Pegawai Daerah Kuala Penyu dan ADUN juga mencuba cara memproses sagu ini.

Acara menganyam atap daun rumbia







Menganyam atau daun rumbia merupakan kepakaran semua kaum yang berada di Daerah Kuala Penyu. tapi kini.. hanyalah warga yang agak berumur sahaja yang membuatnya.. mungkin satu masa nanti.. atap daun rumbia ini tidak ada lagi masyarakat yang boleh menganyam dengan sempurna dan cantik seperti kakak-kakak ini.

sepak takraw manggis antara acara sambutan pesta rumbia tahun 2010







Salah satu acara baru yang diperkenalkan adalah sepak takraw manggis, turut memeriakan dalam acara ini adalah ADUN, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran dan Pembangunan, dimana kesemua mereka ini turut menyepak takraw. tapi.. tidak mengena sasaran

Memancing masih acara yang diminati sebagai acara sambutan pesta Rumbia







Memancing masih lagi acara yang digemari ramai sebagai acara pemangkin pengunjung datang ke parayaan pesta Rumbia. seperti masa-masa lalu, acara ini dikendali oleh Sdra Juilin selaku Pegawai Perikanan Daerah bersama anggota Jabatan Perikanan Dearah. ADUN John Teo Mau Sing merasmikan acara dengan menurunkan pancing berumpankan udang hidup. Pancing mengena sebagai pemancing yang pertama menaikan ikan. Seekor ikan kerapu...

atara acara pesta rumbia-Bola sepak lumpur











Bola sepak lumpur adalah antara pengisian yang baru difikirkan oleh pihak penganjur untuk sambutan pesta rumbia berlangsung di Pusat Imformasi Rumbia Kayul. Bila sudah selesai, perlulah segera bilas dengan air yang agak banyak..sebagai johan..