Saturday, March 20, 2010

Kebakaran Kebun Sawit d Kalampun


Tabiat suka membakar di kawasan paya gambut Nukahan ini telah memusnahkan sebuah ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk tempatan di kampung Kalampun. Penduduk ini amai Ngoai Undim dan Keluarga berkata mereka baru sahaja dapat menuai sebanyak 3 kali dengan hasil yang agak baik, tetapi kali ini ia musnah dijilat api.

Apakah tabiat kita ini tidak mahu diubah? sedangkan

beliau ini cuba membangunkan ekonomi keluarganya. Apakah kita tidak boleh mengusahakan tanah lapang yang kita ada? lihat sahaja tanah hutan yang telah diberikan kelulusan oleh kerajaan kepada warga Kuala Penyu. berapa besar yang sudah diusahakan? Kebanyakan tanah ini sudah bergeran sejak berpuluh tahun yang lalu tetapi masih besar yang belum diusahakan dan masih menyimpan monyet dan belukar.

2 comments:

  1. kebakaran berlaku bukan saja disengajakan tetapi ianya berlaku daripada kecuaian pekebun atau orang kampung sendiri, dimana tabiat suka merokok ketika mengerjakan kebun atau melalui kawasan tersebut..dimana tidak mempastikan puntung rokok yang dibuang telah dipadamkan sepenuhnya..jadi siapa yang harus dipersalahkan..perkara ini..oleh itu hentikan merokok ketika mengerjakan kebun atau melalui kawasan ini..setiap tahun, apabila tibanya musim kemarau sudah pastinya kawasan padang yang luas ini(nukahan) menjadi sasaran api...apakah kesalahan belukar luas itu dibakar..nak dikatakan buka kebun, tidak juga nampak hasilnya masih juga dipenuhi oleh belukar..menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..orang kampung sendiri sengaja membakar, kununnya mencari kura-kura untuk dimakan..inilah tabiat manusia yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan risikonya menyusahkan orang lain..

    ReplyDelete
  2. Itulah kalau kebun tidak bersih mesti terbakar di musim kemarau ni..sudah lumrah apabila musim kemarau mesti ada saja kebakaran belukar. siapa yang patut di salahkan???..pendapat saya ni salah pekebun tersebut..kita tgk keluasan ladang org lain..tidak pun di jilat api sebab sekitarnya di selenggara dengan betul..bila kebun terbakar baru minta bantuan la...itu la..ini la..panggil YB la..

    ReplyDelete