Saturday, March 20, 2010

Ahli Ahli Majlis Daerah Kuala Penyu sesi 2010-2011
















Majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah tiga Daerah termasuk Kuala penyu sesi 2010-2011 telah diadakan di adakan di ballroom salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 11 Mac 2010.





Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia YB(Kol) DSP Hj. Lajim Hj. Ukin, disaksikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,





Hadir sama adalah Ahli Dewan Rakyat Sipitang, ADUN Kuala Penyu, ADUN Lumadan, Setiausaha Politik Kementerian Perhubungan dan Kerja raya Sabah, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang.





Sebilangan besar Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Daerah Kuala Penyu juga turut hadir.





Adalah diharapkan agar kumpulan ahli-ahliMajlis pada sesi ini dapat menyuntikkan buah fikiran dan perancangan yang membina untuk Pembangunan terancang disamping mengambil kira isue alam sekitar dapat di laksanakan selaras dengan Agenda 21

3 comments:

  1. wow ramainya..YB,sila kongsi dgn rakyat kp senarai nama ahli majlis..

    ReplyDelete
  2. Setuju, siapa councillor baru tu..dan apa pula tugas2 hakiki mereka ini, YB

    ReplyDelete
  3. Yb sama dengan mereka di atas, mohon senaraikan nama mereka yang telah dilantik sebagai ahli MDKP ...

    ReplyDelete