Thursday, August 19, 2010

ADUN Melawat mangsa Kebakaran di Kg. Batu Luang















LAWATAN KERJA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN N26 KUALA PENYU





RUMAH TERBAKAR









DI KG BATU LUANG





19 Ogos 2010









Menurut mangsa, kira-kira jam 12.30 pagi 18 Ogos 2010, beliau tersedar dari tidur apabila mendengar letupan yang agak kuat. Terasa akan bahang yang sungguh panas, beliau segera mengejutkan isterinya yang sedang tidur nenyak. Mereka berdua terus meluru keluar untuk keselamatan. Pasangan warga emas ini kehilangan semua dokumen diri maupun harta termasuk wang yang diterima dari E-CARI yang baru di terima oleh mereka. Rumah yang terbakar ini adalah yang dibina oleh beliau semasa masih berusia muda dengan menggunakan kayu keras musnah tinggal tunggul tiang sahaja.





Pihak keselamatan dari Balai Polis Daerah telah melawat dan membuat laporan yang sewajarnya. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Daerah juga telah melawat mereka.





Turut melawat mangsa adalah Pengerusi JKKK Gerowot dan Ketua Pemuda UPKO. ADUN Menghulurkan sedikit sumbangan kepada amai ini saudara Pakang Kasai. Buat sementara waktu, mangsa duduk dengan keluarha anak perempuannya di kampung Gerowot.

No comments:

Post a Comment