Wednesday, December 8, 2010

PEMASANGAN PAIP SALURAN AIR BERSIH DI JALAN KAPURAN/RIMBAAN KUALA PENYU



Kerajaan Negeri telah melaksanakan satu lagi projek membaiki infrastruktur asas, iaitu memasang paip saluran air terawat sejauh lebihkurang 3Km untuk penduduk dikawasan Kapuran.


mungkin kuantiti air bersih adalah kurang tetapi dengan pengendalian teratur dan kecekapan oleh kakitangan Jabatan Air Kuala Penyu, Bekalan air boleh sampai kepada pengguna Kecuali kakitangan tidak berkhidmat dengan jujur dan amanah.


Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan melaksanakan program-program pembangunan kepada keselesaan rakyatnya, Kerjasama erat diantara Penduduk, Kakitagan Kerajaan dan Badan Politik perlu seiring demi kesejahteraan semua. Pembangunan tidak akan datang serentak, tetapi dirancang dan disusun mengikut kedudukan ekonomi Negara dalam pengaruh ekonomi Global.

No comments:

Post a Comment