Wednesday, August 18, 2010

Mesyuarat Pemantauan Kemajuan Pembinaan Jambatan Sg. Sitompok
















JAMBATAN SITOMPOK KUALA PENYU






18 Ogos 2010





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Mesyuarat pemantauan tapak telah diadakan pada hari ini jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Pejabat Pelaksanaan Projek Jambatan Sitompok.











Pembinaan jambatan berjalan dengan baik. Antara gangguan yang berlaku hanyalah kelambatan pembayaran pampas an kepada pemilik bangunan-bangunan yang secara kebetulan berada benar-benar di laluan jambatan berkenaan. Sebuah rumah persendirian di sebelah palu-palu. Menakala di sebelah Kuala Penyu pula adalab bangunan setor lama dan juga kilang pembekuan air batu.











Kemungkinan juga kerja-kerja penimbusan dalam penyediaan tapak ini akan menyebabkan laluan air pasang surut turut menyempit dan air larian akan bertambah deras. Ini akan sedikit sebanyak mendatangkan gagguan kepada permukaan air sungai di dasar sungai sitompok secara sementara. Mungkin juga akan menyebabkan gegaran kepada paip bekalan air bersih di dasar sungai. Iaitu saliran air terawat dari Membakut ke Pekan Kuala Penyu.











Hadir sama pada mesyuarat ini adalah John Teo-ADUN Kuala Penyu, Pemaju Mesyarakat-En Teo Guan Oi, Sdra Yunus dari PPHT, wakil dari SESB, Sykt.Telekom Malaysia. Konsultan projek dan Pemaju Projek.

No comments:

Post a Comment