Saturday, February 27, 2010
















Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N26 Kuala Penyu menyampaikan Salam Kong Hee Fatt Choi kepada warga Tiong Hwa dan juga dusun tatana yang menyambut dan merayakan perayaan TahunBaru Cina di bangunan tokong Kuala Penyu. Beliau juga menyampaikan sedikit ang pau menandakan kemakmuran sambutan ini. Beliau juga mengharapkan agar masyarakat ini akan dapat terus menjalankan aktiviti perniagaan dengan baik sesuai dengan semangat ! Malaysia, Beliau menaruh keyakinan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh dan membolehkan peniaga berniaga dengan aman dan selamat.
Baliau juga turut membuat upacara membuka mata kepala singa yang akan digunakan oleh pasukan pemuda dan pemudi penari kepala singa tokong ini.
Hadir sama dalam upacara ini adalah Pengerusi Tokong Sdra Lim Kian Sing, Keta Masyarakat Cina Yam Ah Pau, Pamaju Masyarakat sdra Teo Guan Oi.

No comments:

Post a Comment