Saturday, February 27, 2010

Menyelenggara pam air untuk kawasan Menumbok




Oleh kerana mengetahui bahawa wargadi Menumbok dan sekitarnya sering mengalami ketiadaan air, Ahli Dewan Undangan Negeri sendiri datag bukan sahaja melawat tetapi bersama pekerja Jabatan Air membaiki kerosakan kecil keatas pam air untuk tangki imbangan ke Menumbok


Bekalan air bersih ke Menumbok dijangka bertamba baik selepas pam baru beroperasi dalam awal bulan Mac 2010

Kebocoran paip akibat Kerja-kerja naiktaraf jalan







Gangguan bekalan air akibat Kebocoran saluran paip masih menjadi punca utama permasaalaan bekalan air di Kuala Penyu. Tekanan air yang tinggi juga menyebabkan sambungan paip tertanggal dan memerlukan penyambungan segera agar air di tangki imbangan tidak hilang akibat kebocoran.



Walaubagaimanapun, kita warga Kuala Penyu perlu berterima kasih kepada juruteknik kanan Jabatan Air Kuala Penyu dan krewnya yang telah bertungkus lumus memperbaiki kebocoran ini.



Kekurangan air di kawasan ini dijangka hanya dapat diatasi apabila kerja-kerja penaiktaraf jalan Nalitang Kiambor dan Tempurong saliko mansud selesai kelak















Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N26 Kuala Penyu menyampaikan Salam Kong Hee Fatt Choi kepada warga Tiong Hwa dan juga dusun tatana yang menyambut dan merayakan perayaan TahunBaru Cina di bangunan tokong Kuala Penyu. Beliau juga menyampaikan sedikit ang pau menandakan kemakmuran sambutan ini. Beliau juga mengharapkan agar masyarakat ini akan dapat terus menjalankan aktiviti perniagaan dengan baik sesuai dengan semangat ! Malaysia, Beliau menaruh keyakinan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh dan membolehkan peniaga berniaga dengan aman dan selamat.
Baliau juga turut membuat upacara membuka mata kepala singa yang akan digunakan oleh pasukan pemuda dan pemudi penari kepala singa tokong ini.
Hadir sama dalam upacara ini adalah Pengerusi Tokong Sdra Lim Kian Sing, Keta Masyarakat Cina Yam Ah Pau, Pamaju Masyarakat sdra Teo Guan Oi.

Kunjungan fatt Choi oleh YB Tan Sri Bernard ke rumah Ketua Masyarakat Cina Kuala Penyu
















YB Tan Sri Bernard juga mengambil kesempatan untuk mengunjung Ketua Masyarakat Cina di Kuala Penyu. turut serta dalam rombongan itu adalah YB Donald Majuntin, YB John Teo Mau Sing, Datuk Wences, Datuk Herman, Dr. Sining, Sebahagian dari AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita UPKO termasuk Ketua Daerah Sdra Raymond Insi

Kunjungan fatt Choi ke rumah Pengerusi JKKK Menumpang Kuala Penyu
















YB Tan Sri Benard Dompok, YB Donald Majuntin, YB John Teo Mau Sing beserta Dr. Sining Unci, Datuk Wences, Datuk Herman dan ahli ahli bahagian, Pemuda dan wanita juga mengunjungi rumah Pengerusi JKKK Kampung Menumpang. Seorang dusun tatana beragama Budha yang masih menyambut Tahun Baru Cina.





Perayaan tahun baru Cina di daerah Kuala Penyu juga disambut oleh masyarakat dusun tatana beragama kristian. yang bezanya dengan mereka beragama Budha hanyalah mereka tidak menyembah "Tapikong".





Sembahyang khas perayaan Tahun Baru Cina juga diadakan di Gereja dimana nyanyian berthema Kong Hee Fatt Choi diadakan.

Lawatan Fatt Choi Tan Sri Bernard ke rumah Ketua Kampung di Menumpang Kuala Penyu
















Yang Berhormat Tan Sri Bernard ke Kuala Penyu untuk menyaksikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina oleh Warga Keturunan Dusun Tatana yang beragama Budha telah dilakukan di rumah Ketua Kampung pada hari kedua tahun baru cina baru-baru ini.





Hadir sama pada lawatan ini adalah YB Donald Majuntin, ADUN Moyog, YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuala Penyu, Datuk Wences Angang, Dr.Sining Unchi, Datuk Herman Tiongsu, Ketua Daerah Sdra Raymond Insi, dan beberapa orang AJK Bahagian, Pemuda dan wanita UPKO Kuala Penyu yang berbilang anutan dan kepercayaan.





Kehadiran dan Keprehatinan Tan Sri President amat di harga oleh penduduk Kuala Penyu lebih-lebih lagi Warga UPKO.

Bencana Alam di Kuala Penyu







Satu mesyuarat untuk menangani kemelut kemarau telah diadakan di Pejabat Daerah Kuala Penyu pada 24 Februari 2010 melibatkan kesemua agensi kerajan termasuk pihak Tentera.



Bantuan air akan diurustadbirkan oleh unit pembangunan di Pejabat daerah Kuala Penyu. Kerjasama daripada semua pengerusi JKKK dan Ketua Kampung sekitar Kuala Penyu dan Menumbok untuk mengenalpasti warga yang terlibat adalah diperlukan.