Wednesday, December 7, 2011

Seminar sehari untuk Pengerusi-pengerusi JKKK Daerah Kuala Penyu







KUALA PENYU
Pejabat Daerah Kuala Penyu telah mengadakan saminar sehari
kepada kesemua Pengerusi JKKK Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok,
seramai 37 Pengerusi JKKK Telah mengambil bahagian dalam seminar sehari ini.
Ceramah-ceramah telah diberikan oleh Puan Aminan Pegawai Kebajikan dari Pejabat Kebajikan
Daerah, mengenai bantuan-bantuan kebajikan
Peranan Pencagahan Dadah dan Jenaya oleh Tn Shamsuri dari
IPD Beaufort
Tugas-tugas dan tanggung jawab Pengerusi JKKK keatas
keselamatan dan Kemajuan Kampung oleh Thomas jalin, Pegawai Kanan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar
Penerangan keatas Persediaan-persediaan keperluan seperti
profil kampung , pembayaran elaun kepada Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa
telah disampaikan oleh Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu
Tatacara pengendalian Mesyuarat dan permohonan projek kecil
telah juga disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kuala Penyu
Seminar pula di kelolai oleh sdra Monih Epin dan rakan dari
sykt Daya Permai.
Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), para Pemaju Mukim dan para
Penyelia-penyelia Masyarakat dari unit Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat telah
membantu mengandalikan sesi seminar dan dialog.
Penolong Pegawai daerah Pentadbiran sdra.Abd Rahim merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
keatas kehadiran semua semantara Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan N26 Kuala
Penyu sdra John Teo telah membiayai perbelanjaan sehari melalui peruntukkan
ADUN 2011 seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar ini. Makan dan minum adalah disediakan.

No comments:

Post a Comment