Wednesday, July 28, 2010

KURSUS BUAT PASTRI, KEK DAN BISKUT










Kursus membuat kek, pastry & Biskut




tahun 2010




Daerah Kuala Penyu




25 Julai 2010




Sebanyak 30 orang peserta dari Daerah Kuala Penyu dan daerah kecil Menumbok telah mengambil bahagian dalam kursus diatas. Selain dari pada wanita, terdapat dua orang lelaki juga mengambil bahagian.




ADUN Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing merakamkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang diwakili oleh Encik Yassin Omar yang telah meberikan dana bagi membiayai program tersebut. Sesuai dengan objektif kursus adalah untuk menanam minat belia menceburi diri dalam bidang penyedia makanan sebagai sumber pendapatan tetap dan member I tunjuk ajar teknik membuat dan menyediakan pelbagai jenis bahan makanan yang bermutu dan berpotensi untuk diusahakan.




Beliau menambahm perkara ini bukan sahaja dapat membantu warga Kuala Penyu menguruskan keperluan sendiri tetapi juga akan dapat meningkat ekonomi keluarga dengan mengadakan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menaruh harapan agar ada diantara peserta ini akan menjadi peniaga yang Berjaya dimasa hadapan.




Walaupun ianya adalah hari Ahad, Hadir sama pada Majlis perasmian penutupan kursus tersebut adalah Pegawai KKBS Daerah Sipitang Sdra Nordin Ismail, Pegawai dari Taman-taman Sabah, Ketua Kampung Tenambak, Ketua kampong Tedong. Peserta di ketuahi oleh Saudari Khairulnisah Jaliman.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment