Pada 08 Julai 2010, cerucuk konkrit tapak jambatan sebelah Kampong Seberang berdiri tegak hasil daripada sokongan pada Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Sementara di sebelah pecan sitompok pula, pailnya sedia dimasukkan ke perut bumi. Sama-samalah biskitani mananti kesempurnaannya dalam setahun …mungkin dua lagi
Sunday, July 25, 2010
Lawatan ke rumah pelajar cedera di kaki
Murid ini anak kepada sdra majujin Rangin yang bersekolah di SKR Kerukan telah tidak dapat ke sekolah seperti biasa kerana mengalami keretakan tulang di kaki, murid ini terpaksa duduk dirumah dan akan menjalani rawatan dan rujukan ke hospital. Di maklumkan Keretakan tulang berlaku semasa murid ini sedang bersokan di padang sekolah bersaam rakan-kan yang lain.
ADUN Kuala Penyu bersama Ketua Cawangan UPKO Banitan Saudara Asni Bagul telah mengunjung serta menyampaikan sedikit kewangan untuk membantu.
Majlis sambutan hari St.Peter dan perpisahan Fr.Roni
Pesta Gambus Zon Beaufort di Dewan Bomba Daerah Kuala Penyu
Local Agenda 21 di Kuala Penyu




Local Agenda 21 untuk pekan Kuala Penyu telah dilancarkan oleh YB DSP Hj. Lajim Hj. Ukin pada 13 julai 2010. Beliau ditemani oleh ADUN YB John Teo Mau Sing, Peg. Daerah En.Edmund Teo, Pengerusi Penganjur En. Sabastian D.Anjim, Ahli dan anggota perkhidmatan Majlis Daerah Kuala Penyu dan beberapa pegawai kanan dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Antara aktibiti yang diadakan pada hari itu sukan nika, adalah Gotong royong mebersihkan sampah di pekan, Gotong royong membaiki rumah warga susah. YB DSP Hj Lajim telah ke rumah kediaman Pn. Iting Kasai di Bundu sementara YB ADUN John Teo ke rumah En. Martin Kiambor
Thursday, June 24, 2010




Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu Sabah
24 Jun 2010
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembinaan Jambatan ini telah diberikan kepada Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar Kampung Seberang dan Pekan Kuala Penyu dan kawasan berdekatan. Ada penduduk yang menyokong akan pembinaan ini manakala ada juga yang menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu bahawa mereka lebih mementingkan pembangunan ekonomi daripada Sebuah Jambatan. Perkara ini boleh dilihat daripada face book. ADUN juga menjangka ianya akan dibangkitkan melalui Blogspot mungkin juga Sabah Kini.
Disamping itu juga seperti ungkapan ”terbinanya jambatan ini tidak akan menyelesaikan semua masaalah Kuala Penyu”.Sebilangan penduduk telah menghumban perkataan ini kepada ADUN yang telah menerimanya dengan tenang dan senyum. Biarlah warga Kuala Penyu secara keseluruhannya menimbangkan perkataan ini.
Kini penyediaan tapak, penanaman sebahagian cerucuk sudah berjalan, dan dijangka akan siap dalam masa 18 bulan. Satu jangkamasa yang agak manasaba atau kurang, biarkan kebijaksanaan kontraktor , Kebijaksanaan pegawai Kerajaan disamping kerjasama penduduk dan keadaan bekalan bahan mentah dan tenaga buruh menentukannya.
YB, tolong kami, kami berterima kasih kepada Kerajaan yang membawa pembangunan untuk anak-anak kami, tapi rumah kami mau diroboh. Duit pampasan bukan banyak..inilah yang disuarakan oleh sekeluarga miskin yang rumah kediaman terletak dalam laluan jambatan ini. Kebetulan adalah juga seorang Ibu tunggal yang masih belum mendaftar dengan E-Kasih maupun E-CARI.
ADUN percaya dengan kerjasama Kontraktor dan penduduk tempatan, projek ini akan dapat berjalan dengan baik. Disamping sikap kontraktor yang bertimbang rasa dan penduduk yang taat ,sabar menanti