Monday, February 8, 2010

Laluan alternatif SK Pekan Kuala Penyu











Daripada bekas laluan ini, kita dapat perhatikan bahawa ianya telah digunakan begitu lama sebagai jalan pintas, Keadaannya kurang kenderaan yang lalu lintas di kawasan ini. dipercayai ianya lebih selamat daripada di bahagian hadapan. Apa yang perlu mungkin kita besarkan jalan ini supaya ianya dapat digunapakai dengan sepenuhnya. cuma masaalahnya, ia adalah tanah persendirian. Gambar kedua itu adalah kenderaan yang digunakan oleh Ibubapa yang sedang menanti anaknya keluar dari sekolah.




Saya Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini merasa ianya selesa jika dibangunkan, apa perasaan saudara/saudari?

Gangguan Bekalan air bersih untuk Daerah Kuala Penyu
















Walaupun Loji penapis air di Limbawang telah siap sepenuhnya, bekalan air masih belum sempurna, gangguan seperti keseimbangan bekalan letrik berbanding dengan keperluan pepasangan di loji masih perlu di sesuaikan. Baru-baru ini, fuse bekalan telah putus mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan bekalan dan keperluan. pada hari 08 Februari 2010, juruperunding telah mennyemak akan keperluan ini di Loji Limbawang. Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu juga hadir sama.





Sementara rumah pam di Kayul, panel switch tenaga letrik yang baru sedang dipasang pada hari ini dengan kerjasama Pegawai dan kakitangan SESB. Bekalan dijangka terganggu dalam sehari dua.Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Jabatan Air, SESB dan Kontraktor yang bertungkus lumus cuba menyiapkan pepasangan ini agar air boleh disampaikan kepada penduduk sekitar menjelang Tahun Baru Cina.





Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir penduduk yang selalu mengganggu "gate Valve" di kawasan kampung, membuka dan menutup "valve" ini akan mengganggu aliran air.





Ada "valve" yang jika dibuka akan menyebabkan air tidak dapat naik ke kawasan tinggi kerana terlalu banyak di guna dibahagian kawasan bawah. Ada pula akan menyekat air turun kebawah jika "Valve" ditutup.





Perkara mengganggu valve ini menyebabkan bekalan tidak sampai ke pengguna beberapa hari.





Sementara itu bekalan ke Menumbok juga terganu apabila paip terpecah oleh kerja-kerja membuat parit di kawasan Sarap/Siampak





Penduduk sekitar perlu bekerjasama dengan Jabatan Air, sentiasa memaklumkan kepada Jabatan Air jika terdapat kepecahan paip atau tidak menerima bekalan air dengan tiba-tiba. Ini adalah untuk membolehkan lawatan dan siasatan dilakukan oleh Jabatan agar kerugian di kedua belah pihak dapat dikurangkan.

Sunday, February 7, 2010

Kemudahan kawasan Ragud Kerbau Bundu
















Tahniah kepada persatuan penternak-penternak kerbau di kawasan Bundu dimana dinding penghadang air masin (Tidal Bund) telah disiapkan, lengkap pula dengan pintu air pasang surut.





difahamkan bahawa adalah lebih baik kalau pagar duri dapat diberikan oleh pihak Jabatan Haiwan.





Didapati juga jeti pendaratan nelayan sudah roboh dan perlu diganti dengan yang baru.





Mungkin juga parit kearah sungai Bundu dapat di diperbaiki dan dikukuhkan dengan dinding penambat banjir





Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pemaju masyarakat kawasan

SMK Kayul







Bangunan di bahagian belakang SMKKayul ini didiami oleh pekerja rendah awam, ianya dalam keadaan agak kurang selenggara,



Pagarnya pula terlalu rendah dan mungkin akan membuatkan pelajar mudah keluar melaluinya, adalah lebih menguntungkan jikalau pihak Pejabat Pendidikan dapat membaiki Bangunan ini. seterusnya merangka pagar yang lebih tinggi dan berdawai kawat agar pelajar dapat dikawal dengan lebih baik.

Jalan Kg Tulung


Permukaan jalan ini di taburi dengan batu kelikir, cuma pada bahagian bukit ini agak redup dan mungkin sesuai digunakan batu kelikir single size berukuran 4" dia. supaya keadaan permukaan jalan akan lebih kukuh

Jalan Sinaku











Terima kasih kepada Kerajaan kerana telah membubuh batu kelikir pada permukaan jalan ini, kini kerbau dan babi tidak lagi dapat berkubang di jalan ini, cuma kali ini terdapat kayu getah dan rumbia rebah di jalan dan sedang di siangi oleh Kakitangan Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd.








Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri adalah pemaju masyarakat En.Teo Guan Oi

Jalbatan lorong kaki di Kg. Kionsom laut Bundu Bt 4




Terima Kasih YB, ini jambaran lorong kaki kami dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami senang melimpas sungai ini, tapi kalau ada atap kan lagi bagus YB, Jambatan lagi tahan lama, kata belia ini.