Minyak masak bersubsidi yang berharga murah telah berkurangan dipasaran kerana pembekalnya telah tidak menghantar minyak masak tersebut kepada destinasi yang sepatutnya menyebabkan kerajaan menarik balik kebenaran kuota bekalan.
Jambatan melintasi sungai sitompok kini masih dalam pembinaan. Satu tiang terakhir baru sahaja siap di tanam cerucuk dan sedang dalam masa pengerasan konkrit asas.
Majlis pecah tanah Naiktaraf Jalan Siampak Lambidan telah disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan juga Ahli Parlimen P177 Beaufort Hadir sama adalah YB John Teo Mau Sing,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N 26 Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai daerah Kuala Penyu. Sdra Tajuddin,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Kerajaan Barisan Nasional tidak hanya berjanji tetapi mengkotakan Janji, kurangkan bercapak tapi lebihkan Kerja.
YB Datuk Seri Panglima juga turut menyampaikan sedikit buah tangan kepada warga OKU dan beberapa penduduk tempatan