Friday, July 15, 2011

Paip Air Utama Bocor di Nukahan































Jambatan Sungai Sitompok






























PEKAN KUALA PENYU










Jambatan melintasi sungai sitompok telah dilaksanakan melebihi setahun. Ianya telah menampakkan corak jambatan jika dipandang dari sudut Palu-palu. Semantara disebelah Pekan Kuala Penyu pula juga sedang rancak di laksanakan. Apakah struktur infrastruktur ini akan membuat Pekan Kuala Penyu bertambah penduduk dan ekonomi turut meningkat? Kita warga Kuala Penyu perlu sama-sama memikirkan cara-cara mempromosikan pekan dan daerah ini.










Kelambatan penyiapan akibat daripada “tower” kapal memasang cerucuk yang terrosak semasa kerja-kerja penurunan cerucuk simin dilakukan. Ianya perlu dihantar Ke Kota Kinabalu untuk dibaiki.










Apakah pembangunan ini tidak di perlukan oleh rakyat, atau pembangkang? Biarlah rakyat yang menilainya dengan lebih bijak sana.

Paip pecah di Siampak






























KUALA PENYU










Paip utama dari Kelias menuju ke Rumah Pam Kayul baru sahaja dibaiki selepas 8 hari kekurangan air. Kini paip untuk menyalurkan air ke Menumbok telah pecah lagi di Siampak. Kerja-kerja pembaikan paip siap dilakukan dalam masa 1 hari. Terima kasih kepada Jabatan Air Kuala Penyu.

Jalan Siampak Lambidan






























KUALA PENYU










Jalan Siampak Lambidan yang dipecah tanah baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan rancaknya. Kemudahan asas yang ditunggu sekian lama telah diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Penduduk kawasan lain masih menanti akan kerja-kerja menaiktaraf di kawasan mereka. Ini adalah hadia kepada penduduk yang telah menyokong dan mengundi Kerajaan Barisan Nasional. Apakah kejayaan ini akan dituntut oleh pembangkang? Biarlah rakyat dikawasan ini menentukan kepercayaan undi mereka.. siapa yang pandai bercakap tapi tidak dapat tunai janji..

Wednesday, June 8, 2011

Bekalan Air Kuala Penyu dari loji Membakut










































KUALA PENYU 03 JUN 2011












Jabatan Air Kuala Penyu telah mengadakan kerja-kerja pemeriksaan talian air dibawah dasar sungai sitompok sebagai lagkah memastikan air bersih dapat sampai ke Kuala Penyu. Dengan menyewa barge dan penyelam selama 3 hari. Hadir sama dalam pemeriksaan adalah ADUN , Juruteknik Air Kanan dan pemaju masyarakat Kuala Penyu.

Kesihatan Wanita di kawasan KDM Bundu










































KUALA PENYU 07 Jun 2011












Biro Kesihatan wanita UPKO Kawasan Parlimen P177 Beaufort telah mengadakan program kesihatan wanita di kawasan Daerah Mengundi Bundu pada 07 Jun 2011. Kira-kira 100 orang yang hadir walaupun cuaca hujan.












Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh jururawat-jururawat dari Klinik kesihatan Kuala Penyu dan Hospital Daerah Kuala Penyu.












Pemeriksaan payu dara dan pangkal rahim khusus untuk wanita juga di adakan di Klinik Kesihatan Batu 4 Bundu oleh jururawat-jururawat kesihatan. Menurut penceramah, seramai 527 orang wanita yang telah diperiksa, 5 orang telah dikesan menunjukkan kanser pangkal rahim di peringkat awal, dan telah menerima rawatan di Hospital Likas. Kerajaan uga telah menyediakan suntikan pelalian kepada gadis gadis secara percuma di sekolah-sekolah dengan biaya lebihkurang RM1,000 untuk 3 dos












Ketua Bahagian juga telah menyampaikan tiga buah kerusi roda untuk kegunaan Hospital Daerah Kuala Penyu kepada Pengarah Hospital Kuala Penyu yang telah di dermakan oleh Datuk Wences Angang, Johnny Kimsiong dan Moni Epin.












Perasmian telah disempurnakan oleh YBHG Datuk Wences Angang selaku Ketua Bahagian UPKO Beaufort. Hadir sama pada program ini adalah John Teo Mau Sing-Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26, Dr.Esmar Abdul Hamid-Pengarah Hospital Kuala Penyu, Puan Maria Mambut-Ketua Jururawat Kesihatan, En. Marcellinus Piong-Pemimpin Kemajuan Rakyat, Encik Jalinus mewakili DSP HJ Lajim Hj Ukin.












Penganjuran oleh anggota wanita UPKO Beaufort yang di Ketuai oleh Datin Maria Johnny. Sebilangan Ahli-abli Bahagian, pemuda dan Komulokan UPKO Juga hadir sama.

Monday, March 14, 2011

Kemajuan Jambatan Sitompok Kuala Penyu











Pembinaan jambatan Sitompok berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan. "Tower" kapal pehentak cerucuk perlu di buka dan dipasang semula kerana terlalu tinggi hingga mencecah talian voltan tinggi yang melintasi sungai sitompok. Pemilik bangunan-bangunan yang masih merayu akan bayaran pampasan masih belum berpuas hati akan amaun bayaran.




wajah bentuk bangunan mula menampakkan jambatan.