Wednesday, August 18, 2010

Kemajuan Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok





















KUALA PENYU 17 OGOS 2010











PEMBINAAN JAMBATAN SG. SITOMPOK, KUALA PENYU






Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Penyu melawat tapak projek pembinaan Jambatan Sitompok pada 17 Ogos 2010 mendapati pembinaan sedang rancak berjalan. Di kawasan palu-palu, Kerja-kerja menyemen tapak cerucuk sedang dijalankan. Besi-besi sedang diikat untuk tujuan membuat “Beam”.











Terdapat sebuat rumah kediaman yang terletak terlalu hampir dengan tapak pembinaan masih belum berpindah kerana masih menanti rujukan semula perundingan sagu hati gentian rumah.






Pemaju juga telah menawarkan bantuan untuk menimbus guna tapak rumah dikawasan baru agar perpindahan dapat di lakukan dengan lebih cepat.






ADUN Juga turut berbincang dengan tuan rumah yang terlibat agar dapat bekerjasama dengan kerajaan dan berpindah segera supaya keselamatan mereka dapat di utamakan.

Taklimat kepada kontraktor pembinaan ruman PPRT
















Saudara Edmund Teo-Pegawai Daerah Kuala Penyu, saudara Leornard Poyong-Penolong Pegawai daerah Kuala Penyu (Pembangunan) telah memberikan taklimat mengenai pembinaan perumahan rumah termiskin daerah Kuala Penyu. Mereka dibantu oleh juruteknik yang akan menyelia pembinaan rumah-rumah ini kelak. Pemaju mukim dan Pemimpin Kemajuan Rakyat saudara Marcellinus Piong juga diminta mebantu memantau kemajuan pembinaan perumahan ini kelak. ADUN Kawasan Kuala Penyu juga memohon agar pembinaan ini dapat dilaksanakan dengan baik agar ianya dapat dimanafaatkan oleh golongan sasaran. Kualiti kerja juga perlu dititik beratkan.

Melawat warga kurang sihat di Kg. Tanjung Aru, Kuala Penyu




ADUN dan mantan ADUN Bersama rombongan telah melawat seorang WKAN Menumbok audara Sani Otar yang terlantar di rumah kerana sakit. Rombongan ini ditemani oleh KAN Menumbok Tuan Haji Talip Mijin. Rombongan terdiri dari WKAN KUala Penyu, Ahli-ahli Bahagian UPKO, Pergerakan wanita UPKO dan juga Pemuda UPKO bahagian Beaufort. Sedikit sumbangan di sampaikan oleh Ketua Bahagian UPKO Beaufort dan juga dari ADUN sendiri.

Pengebumian Saudara yang Meninggal di KG. Klias Kecil







Saudara yang terdapat di Klias Kecil juga berasal dari Kuala Penyu terutama Kayul dan Gorowot Manunggang. Dima dipercayai mereka ini berasal dari kampung yang sama. ADUN Kuala Penyu juga mempunyai kaitan dengan sumpahan Labi dan rumbia yang terdapat di kampung sekitar Klias Kecil ini.

Majlis Perkawinan di kampung Padang Golf Mampakul
















ADUN semasa dan mantan ADUN bersama warga Kuala Penyu yang lain mengunjung saudara yang melangsungkan kenduri perkawinan di kampung Padang Golf Mampakul. Kemesraan sebegini boleh mengeratkan lagi pergaulan dan tali persaudaraan.

Majlis Perkawinan di Kg. Nalitang
















Para Pemimpin Kuala Penyu samada yang sediada, yang lalu dan yang akan datang akan terus duduk bersama seperti ini. Bermesra dengan Masyarakat setempat, terpulanglanlah kepada warga Kuala Penyu untuk menilai mereka ini. Kata ADUN Semasa, kami adalah satu rumpun, kami mempunyai satu perjuangan iaitu memajukan bansa dan Daerah mengikut zaman dan masa. walaupun kadang kami perlu bertengkar kerana perinsip yang kadang berbeza. Politik dan persaudaraan tidak boleh dicampur aduk.

Perasmian Masjid Kg. Manggis Kuala Penyu











Selaku ADUN BN yang mempunyai ramai penyokong dan Pengundi warga Islam, untuk menunjukkan penghargaan dan juga menghormati semua anutan semua suku yang terdapat di Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok. ADUN turut bersama Yang Berhormat DSP HJ.Lajim Hj. Ukin bersama Yang Dipertua MUIS Sabah merasmikan Masjid Baru di kampung Manggis Kuala Penyu. Terima Kasih kepada Kerajaan BN terutama kepada KKLW kerana menyumbangkan dana bagi pembinaan rumah Tuhan ini.