Sunday, July 25, 2010

Mamalu rumbio




mamalu rumbia adalah cara lama seperti mengarus, teknik ini berbeza dari seorang ke seorang, halus atau kasarnya hasil paluan akan menentukan kualiti ripau yang dihasilkan. YB DSP HJ Lajim berkata, dulu semasa muda saya orang susah inilah kerja saya...

Mengupas kulit rumbia











acara mengupas kulit rumbia adalah acara baru dalam pengisian sambutan perayaan Pesta rumbia pada tahun 2010 ini. menggunakan tombak besi dan kupas, kalau kurang tepat.. samada rumbia akan rosak atau kaki sendiri yang terkupas.. hati-hati, markah dikira dari kesempurnaan batang rumbia yang telah dibuang kulit.

Mengarus rumbia











Pertandingan mengarus rumbia adalah acara yang boleh dilakukan samada wanita maupun lelaki, yang telah berumur maupun yang masih muda.. cuma samada punggung mungkin akan terasa silu..ataupun nafas mungkin sesat pada mereka yang jarang mengarus menggunakan alat tradisi ini.. Pegawai Daerah Kuala Penyu dan ADUN juga mencuba cara memproses sagu ini.

Acara menganyam atap daun rumbia







Menganyam atau daun rumbia merupakan kepakaran semua kaum yang berada di Daerah Kuala Penyu. tapi kini.. hanyalah warga yang agak berumur sahaja yang membuatnya.. mungkin satu masa nanti.. atap daun rumbia ini tidak ada lagi masyarakat yang boleh menganyam dengan sempurna dan cantik seperti kakak-kakak ini.

sepak takraw manggis antara acara sambutan pesta rumbia tahun 2010







Salah satu acara baru yang diperkenalkan adalah sepak takraw manggis, turut memeriakan dalam acara ini adalah ADUN, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran dan Pembangunan, dimana kesemua mereka ini turut menyepak takraw. tapi.. tidak mengena sasaran

Memancing masih acara yang diminati sebagai acara sambutan pesta Rumbia







Memancing masih lagi acara yang digemari ramai sebagai acara pemangkin pengunjung datang ke parayaan pesta Rumbia. seperti masa-masa lalu, acara ini dikendali oleh Sdra Juilin selaku Pegawai Perikanan Daerah bersama anggota Jabatan Perikanan Dearah. ADUN John Teo Mau Sing merasmikan acara dengan menurunkan pancing berumpankan udang hidup. Pancing mengena sebagai pemancing yang pertama menaikan ikan. Seekor ikan kerapu...

atara acara pesta rumbia-Bola sepak lumpur











Bola sepak lumpur adalah antara pengisian yang baru difikirkan oleh pihak penganjur untuk sambutan pesta rumbia berlangsung di Pusat Imformasi Rumbia Kayul. Bila sudah selesai, perlulah segera bilas dengan air yang agak banyak..sebagai johan..