Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu Sabah
24 Jun 2010
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembinaan Jambatan ini telah diberikan kepada Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar Kampung Seberang dan Pekan Kuala Penyu dan kawasan berdekatan. Ada penduduk yang menyokong akan pembinaan ini manakala ada juga yang menegur Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu bahawa mereka lebih mementingkan pembangunan ekonomi daripada Sebuah Jambatan. Perkara ini boleh dilihat daripada face book. ADUN juga menjangka ianya akan dibangkitkan melalui Blogspot mungkin juga Sabah Kini.
Disamping itu juga seperti ungkapan ”terbinanya jambatan ini tidak akan menyelesaikan semua masaalah Kuala Penyu”.Sebilangan penduduk telah menghumban perkataan ini kepada ADUN yang telah menerimanya dengan tenang dan senyum. Biarlah warga Kuala Penyu secara keseluruhannya menimbangkan perkataan ini.
Kini penyediaan tapak, penanaman sebahagian cerucuk sudah berjalan, dan dijangka akan siap dalam masa 18 bulan. Satu jangkamasa yang agak manasaba atau kurang, biarkan kebijaksanaan kontraktor , Kebijaksanaan pegawai Kerajaan disamping kerjasama penduduk dan keadaan bekalan bahan mentah dan tenaga buruh menentukannya.
YB, tolong kami, kami berterima kasih kepada Kerajaan yang membawa pembangunan untuk anak-anak kami, tapi rumah kami mau diroboh. Duit pampasan bukan banyak..inilah yang disuarakan oleh sekeluarga miskin yang rumah kediaman terletak dalam laluan jambatan ini. Kebetulan adalah juga seorang Ibu tunggal yang masih belum mendaftar dengan E-Kasih maupun E-CARI.
ADUN percaya dengan kerjasama Kontraktor dan penduduk tempatan, projek ini akan dapat berjalan dengan baik. Disamping sikap kontraktor yang bertimbang rasa dan penduduk yang taat ,sabar menanti
No comments:
Post a Comment