Dalam melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan jalan, semamangnya menerbitkan resiko kerosakan perkara lain seperti paip bekalan air. Tetapi kerosakan ini perlu ditangani dalam kadar segera. Penduduk kampung boleh bersabar tetapi biarlah masa pembaikannya juga berpatutan. Penduduk akan jadi marah apabila kebocoran dibiarkan berlarutan hingga mencangkau minggu.
Alangkah sayangnya air yang telah dirawat, ditumpahkan di tepi jalanraya setelah kita bawa ke Kuala penyu sejauh melebihi 30Km, air sudah sampai untuk kita warga Kuala Penyu manfaatkan, tetapi hilang begitu sahaja..mana tanggungjawab..
tidak juga patut kita yang dewasa in perlu lagi di rotan macam bebudak.
No comments:
Post a Comment