Monday, February 8, 2010

Gangguan Bekalan air bersih untuk Daerah Kuala Penyu
















Walaupun Loji penapis air di Limbawang telah siap sepenuhnya, bekalan air masih belum sempurna, gangguan seperti keseimbangan bekalan letrik berbanding dengan keperluan pepasangan di loji masih perlu di sesuaikan. Baru-baru ini, fuse bekalan telah putus mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan bekalan dan keperluan. pada hari 08 Februari 2010, juruperunding telah mennyemak akan keperluan ini di Loji Limbawang. Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu juga hadir sama.





Sementara rumah pam di Kayul, panel switch tenaga letrik yang baru sedang dipasang pada hari ini dengan kerjasama Pegawai dan kakitangan SESB. Bekalan dijangka terganggu dalam sehari dua.Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Jabatan Air, SESB dan Kontraktor yang bertungkus lumus cuba menyiapkan pepasangan ini agar air boleh disampaikan kepada penduduk sekitar menjelang Tahun Baru Cina.





Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir penduduk yang selalu mengganggu "gate Valve" di kawasan kampung, membuka dan menutup "valve" ini akan mengganggu aliran air.





Ada "valve" yang jika dibuka akan menyebabkan air tidak dapat naik ke kawasan tinggi kerana terlalu banyak di guna dibahagian kawasan bawah. Ada pula akan menyekat air turun kebawah jika "Valve" ditutup.





Perkara mengganggu valve ini menyebabkan bekalan tidak sampai ke pengguna beberapa hari.





Sementara itu bekalan ke Menumbok juga terganu apabila paip terpecah oleh kerja-kerja membuat parit di kawasan Sarap/Siampak





Penduduk sekitar perlu bekerjasama dengan Jabatan Air, sentiasa memaklumkan kepada Jabatan Air jika terdapat kepecahan paip atau tidak menerima bekalan air dengan tiba-tiba. Ini adalah untuk membolehkan lawatan dan siasatan dilakukan oleh Jabatan agar kerugian di kedua belah pihak dapat dikurangkan.

1 comment:

  1. Harapan Rakyat Kuala penyu semoga YB dapat mencari jalan mengatasi masalah bekalan air ini dengan segara, kerana ini lah masalah besar dihadapi oleh rakyat Kuala Penyu sajak sekian lama.

    ReplyDelete