Saturday, February 13, 2010
















Gangguan bekalan air bersih akibat dari tekanan air yang agak tinggi menyebabkan banyak saluran pecah dan bekalan terputus. Paip utama dari Loji Limbawang ke rumap pam kayul, dari pam kayul ke tangki imbangan di Menumbok, Mansud dan juga Janang, masing-masing mengalami kepecahan akibat dari tekanan, dan juga kerja-kerja pengorekan oleh kontraktor.





Saya selaku ADUN Kuala Penyu merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Pengurus kawasan dan kakitangan SESB di Kuala Penyu dan Beaufort kerana membantu segerakan bekalan tenaga kepada stesyen Loji di Limbawang dan rumah pam Kayul, dimana pam boleh beroperasi selama 24 jam.





Juga kepada Jurutera, Juruteknik Kanan, dan semua kakitangan Jabatan Air dimana telah bertungkus lumus membaiki paip dan seterusnya membolehkan air disalurkan kepada pengguna di daerah Kuala Penyu dan Menumbok.





Kepada warga Kuala Penyu yang telah menerima bekalan air ini, tahniah dan terima kasih kerana bersabar menunggu.





kepada yang masih belum dapat bekalan, kita akan terus usahakan bersama Jabatan Air,





Paip telah pecah di beberapa kawasan, seperti Klias, Nukahan, Kayul, Kiambor, Nalitang, Saliko, Sarap Siampak maupun bahagian Menumbok. tetapi sudahpun dibaiki samada kontraktor konsisi jalan maupun Jabatan air sendiri.





Walaupun bekalan air pulih dengan baik, tatapi masih ada rumah dikawasan tinggi belum menerima bekalan air.





walaubagaimanapun bekalan masih belum sempurna kerana dikuatiri paip-paip akan pecah dimana tekanan air sekarang adalah tinggi. maka penduduk perlu simpan air seckupnya untuk digunakan semasa pembaikan paip jika pecah nanti.

1 comment:

  1. pelik bin ajaib..paip pecah akibat tekanan air lampau tinggi..siapa yang harus dipertanggungjawabkan? rakyat tidak bole disuapkan dengan alasan sebegini..air tiada pasal paip pecah..paip pecah pasal tekanan tinggi..ok repair and repair..ini cerita bangau oh bangau namanya..bila mau selesai dah? what happen if the same thing happen to people in kk? are we going to tell them the same execuses?

    ReplyDelete