Friday, January 15, 2010

Rumah usang yang di diduduki oleh 7 sekeluarga
















masih ada warga yang belum terbela, tidak pun tersenarai dalam e-kasih, KIRMT, dimana salahnya, adakah di pihaknya? atau UPKR? atau bahagian pengesanan Pembangunan Pejabat Daerah atau KPLB? atau ICU? atau saya ADUN sendiri atau mantan-mantan adun lalu? bayangkan halatuju miskin sifar hujung tahun 2010, mungkinkah hanya huruf sahaja yang sifar tapi hakikatnya tidak, adakah ini sulap sahaja? atau adakah ini rumah bertaraf SULAP, sama-sama kita fikirkan. saya percaya masih banyak lagi seperti ini. ruang tamu rumah ini terpaksa dilakukan di luar rumah, Lantai dalam rumah juga hanyalah tanah yang dilapiskan dengan tikar getah.

1 comment:

  1. Melihat kepada keadaan rumah usang yang didiami penduduk ini adalah amat menyedihkan sekiranya ia tidak mendapat perhatian pihak kerajaan. Pada pandangan saya memang wajar pihak yang mengenal pasti golongan penduduk miskin seperti pemilik rumah usang ini menyemak semula senarai nama penduduk miskin yang sampai kepada mereka dan jika mencari jalan untuk membantu penduduk yang mempunyai rumah dalam keadaan yang menyedihkan ini. Ini bagi membolehkan usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dapat menepati sasaran selarikan dengan gagasan Perdana Menteri, "Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan". Paparan gambar rumah rakyat miskin seperti ini sepatutnya mendapat pembelaaan sewajarnya. "Kita gunakan hati bukannya kepala" untuk menangani masalah seumpama ini. Terima kasih. Drp: lokman sunggim.

    ReplyDelete