Thursday, January 14, 2010

Loji Bekalan mula beroperasi secara perlahan











Kini loji di Limbawang sudah mula diuji taulia, pam penggalak pertama telah mula di uji pada 13 Januari 2010, pam kedua pula pada 14 Januari. Gangguan bekalan akan berlaku apabila perpindahan booster pam di Kayul mula dilakukan, iaitu semasa mematikan bekalan letrik, panel Tenaga perlu di buka, dan diganti dengan yang baru, dimana panel sediada tidak dapat menampung beban tenaga yang diperlukan oleh pam-pam baru ini.

Tekanan air yang mendadak juga akan dikuatiri memecahkan paip lama sediada. maka air perlu disalurkan kedalam paip secara perlahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu adalah orang yang pertama menaiki tangki pengudaraan dan melihat sendiri proses menjernihkan air.
Tangki simpanan air di rumah pam kayul juga telah disi melebihi 6 meter dalam menampakan kemasukkan air bersih yang cukup banyak dan mampu menangani kekurangan air pada masa kini.

No comments:

Post a Comment