KUALA PENYU
27 DISEMEBR 2011
Majlis pencantuman jambatan sitompok antara bahagian kampung
seberang dan bahagian pekan Kuala Penyu telah disempurnakan pada jam
lebihkurang 11 pagi. Perkara bersajarah
ini telah disaksikan oleh John Teo Mau Sing ,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Jurutera-jurutera
dari Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu,
Jurutera-jurutera dari Innovatif
Jurutera Perunding sdn Bhd. Jurutera-jurutera dari Pembinaan Azam Jaya Sdn.
Bhd. Ketua-ketua Jabatan dari Daerah Kuala Penyu, Kakitangan-kakitangan
Kerajaan Daerah Kuala Penyu , pemimpin-pemimpin tempatan dan juga orang-orang
awam yang ingin menyaksikan kerja-kerja pencantuman tebing timur dan tebing
barat sungai sitompok.
Jambatan ini akan dijangka dapat digunakan pada akhir bulan
Februari 2012 menelan belanja sebanyak
RM59,655,880.70. Jarak dari bulatan
Kuala Penyu ke palu-palu sepanjang 1.204km. mengambil masa selama 23
bulan untuk disiapkan.
Walaupun Jambatan ini tidak akan menyelesaikan semua
masaalah penduduk Kuala Penyu, tetapi ia telah menyelasaikan sebahagian
masaalah perhubungan Kuala Penyu. Mimpi yang terpendam selama ini akhirnya
menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment