Friday, July 15, 2011
Majlis Pecah tanah Jalan Siampak Lambidan
Jambatan Sungai Sitompok
PEKAN KUALA PENYU
Jambatan melintasi sungai sitompok telah dilaksanakan melebihi setahun. Ianya telah menampakkan corak jambatan jika dipandang dari sudut Palu-palu. Semantara disebelah Pekan Kuala Penyu pula juga sedang rancak di laksanakan. Apakah struktur infrastruktur ini akan membuat Pekan Kuala Penyu bertambah penduduk dan ekonomi turut meningkat? Kita warga Kuala Penyu perlu sama-sama memikirkan cara-cara mempromosikan pekan dan daerah ini.
Kelambatan penyiapan akibat daripada “tower” kapal memasang cerucuk yang terrosak semasa kerja-kerja penurunan cerucuk simin dilakukan. Ianya perlu dihantar Ke Kota Kinabalu untuk dibaiki.
Apakah pembangunan ini tidak di perlukan oleh rakyat, atau pembangkang? Biarlah rakyat yang menilainya dengan lebih bijak sana.
Jalan Siampak Lambidan
KUALA PENYU
Jalan Siampak Lambidan yang dipecah tanah baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan rancaknya. Kemudahan asas yang ditunggu sekian lama telah diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Penduduk kawasan lain masih menanti akan kerja-kerja menaiktaraf di kawasan mereka. Ini adalah hadia kepada penduduk yang telah menyokong dan mengundi Kerajaan Barisan Nasional. Apakah kejayaan ini akan dituntut oleh pembangkang? Biarlah rakyat dikawasan ini menentukan kepercayaan undi mereka.. siapa yang pandai bercakap tapi tidak dapat tunai janji..