




Kerajaan Negeri telah melaksanakan satu lagi projek membaiki infrastruktur asas, iaitu memasang paip saluran air terawat sejauh lebihkurang 3Km untuk penduduk dikawasan Kapuran.
mungkin kuantiti air bersih adalah kurang tetapi dengan pengendalian teratur dan kecekapan oleh kakitangan Jabatan Air Kuala Penyu, Bekalan air boleh sampai kepada pengguna Kecuali kakitangan tidak berkhidmat dengan jujur dan amanah.
Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan melaksanakan program-program pembangunan kepada keselesaan rakyatnya, Kerjasama erat diantara Penduduk, Kakitagan Kerajaan dan Badan Politik perlu seiring demi kesejahteraan semua. Pembangunan tidak akan datang serentak, tetapi dirancang dan disusun mengikut kedudukan ekonomi Negara dalam pengaruh ekonomi Global.
Disember 02 2010
Setakat ini kemajuan pembinaan adalah memberansangkan, dimana pencapaian pembinaan telah menjangkau 50% penyiapan.
Kilang pembekuan ais yang berada betul
-betul di laluan jalan masih belum disempurnakan pampasannya, begitu juga dengan bangunan workshop, dan rumah persendirian.Tuntutan
-tuntutan luaran seperti sangkar Nelayan terosak akibat kederasan air juga diantara menjadi gangguan konsentrasi Pemaju.Kerajaan Perlu membuat bayaran pampas an dengankadar segera untuk melicinkan kerja-kerja pembinaan untuk mengelakkan kelewatan penyiapan projek jelas Ir. Projek kepada Pegawai Ukur.