Thursday, December 29, 2011

Ziarah ADUN ke kawasan Kerukan dan Gorowot




KUALA PENYU

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu telah menziarahi beberapa penduduk dikawasan Daerah Mengundi Malampai dan Kerukan. Beliau telah ditemani beberapa orang anggota dari KEMAS Beaufort , Kuala Penyu dan ADDO Kuala Penyu sendiri, bungkusan makanan kering juga di bawa sama sebagai buah tangan semasa kunjungan mesra ini.

Turut sama dalam lawatan ini adalah Pengerusi JKKK Gerowot dan Pengerusi JKKK Kerukan.

Ziarah warga emas dan kurang sihat di Kg Kilugus








KUALA PENYU
28 Disember 2011
Program ziarah warga emas dan kurang sihat telah diadakan oleh pihak KEMAS dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Penyu telah diketuai oleh YB John Teo Mau Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Penyu di kawasan Kilugus. Walaupun secara kebetulan masa penghujung tahun dimana banyak aktibiti yang perlu di hadiri oleh wakil rakyat. Beliau dapat menyelitkan masa untuk bersama warga emas dan kurang sihat. Lawatan ini di temani oleh pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Kilugus, Pn Kamsiah Sapalu dari KEMAS  dan Sdra Kassim Hj Yassin Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kuala Penyu

Jambatan Sungai Sitompok






KUALA PENYU
27 DISEMEBR 2011
Majlis pencantuman jambatan sitompok antara bahagian kampung seberang dan bahagian pekan Kuala Penyu telah disempurnakan pada jam lebihkurang  11 pagi. Perkara bersajarah ini telah disaksikan oleh John Teo Mau Sing ,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Penyu, Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Jurutera-jurutera dari  Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu, Jurutera-jurutera dari  Innovatif Jurutera Perunding sdn Bhd. Jurutera-jurutera dari Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd. Ketua-ketua Jabatan dari Daerah Kuala Penyu, Kakitangan-kakitangan Kerajaan Daerah Kuala Penyu , pemimpin-pemimpin tempatan dan juga orang-orang awam yang ingin menyaksikan kerja-kerja pencantuman tebing timur dan tebing barat sungai sitompok.
Jambatan ini akan dijangka dapat digunakan pada akhir bulan Februari  2012 menelan belanja sebanyak RM59,655,880.70. Jarak dari bulatan  Kuala Penyu ke palu-palu sepanjang 1.204km. mengambil masa selama 23 bulan untuk disiapkan.
Walaupun Jambatan ini tidak akan menyelesaikan semua masaalah penduduk Kuala Penyu, tetapi ia telah menyelasaikan sebahagian masaalah perhubungan Kuala Penyu. Mimpi yang terpendam selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Wednesday, December 7, 2011

Seminar sehari untuk Pengerusi-pengerusi JKKK Daerah Kuala Penyu







KUALA PENYU
Pejabat Daerah Kuala Penyu telah mengadakan saminar sehari
kepada kesemua Pengerusi JKKK Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok,
seramai 37 Pengerusi JKKK Telah mengambil bahagian dalam seminar sehari ini.
Ceramah-ceramah telah diberikan oleh Puan Aminan Pegawai Kebajikan dari Pejabat Kebajikan
Daerah, mengenai bantuan-bantuan kebajikan
Peranan Pencagahan Dadah dan Jenaya oleh Tn Shamsuri dari
IPD Beaufort
Tugas-tugas dan tanggung jawab Pengerusi JKKK keatas
keselamatan dan Kemajuan Kampung oleh Thomas jalin, Pegawai Kanan Kementerian
Pembangunan Luar Bandar
Penerangan keatas Persediaan-persediaan keperluan seperti
profil kampung , pembayaran elaun kepada Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa
telah disampaikan oleh Edmund Teo, Pegawai Daerah Kuala Penyu
Tatacara pengendalian Mesyuarat dan permohonan projek kecil
telah juga disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kuala Penyu
Seminar pula di kelolai oleh sdra Monih Epin dan rakan dari
sykt Daya Permai.
Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), para Pemaju Mukim dan para
Penyelia-penyelia Masyarakat dari unit Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat telah
membantu mengandalikan sesi seminar dan dialog.
Penolong Pegawai daerah Pentadbiran sdra.Abd Rahim merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
keatas kehadiran semua semantara Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan N26 Kuala
Penyu sdra John Teo telah membiayai perbelanjaan sehari melalui peruntukkan
ADUN 2011 seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar ini. Makan dan minum adalah disediakan.

Jambatan Sitompok





KUALA PENYU
Pembinaan Jambatan melintasi sungai sitompok sedang giat di
laksanakan. Dipercayai dalam seminggu dua lagi maka bercantumlah ruang kosong
jambatan berkenaan. Dan bermula lah era baru perhubungan antara kampung seberang dan Daerah Kuala Penyu secara keseluruhan.
Walaupun bukan semua masaalah rakyat Kuala Penyu dapat diselesaikan tetapi sekurang-kurangnya sebahagian daripada masaalah perhubungan telah dapat diperbaiki oleh Kerajaan Barisan Nasional