Saturday, December 11, 2010
















Buka mata dan terangkan minda, jangan hanya mau mengkritik tapi tak nyata..pulang dan lihat sendiri akan perkara..komen dan tegur bila hanya diguna.. salam saudara..kita 1 Malaysia. Jika saudara seorang beragama..tuntut dan sila betulkan perkara.. Tuhan- Allah sentiasa berada bersama..jangan kata yang tiada.. kerana akan diuntut di hari kelak..lihat..fikir..ada apa.. guna .. diguna.. akan binasa..dan..sila

Agihan peruntukkan ADUN 2010 Kuala Penyu
















adakah saya songlap sendiri atau adakah ada merasa terkilan tak dapat agihan kerana saya berikan agihan ini kepada warga Kuala Penyu mengikut tatacara kewangan yang tidak memihak kepada seseorang individu tetapi kepada warga kita semua bangsa yang memerlukan... terpulanglah.. kepada kita memikirkannya. janga pula menjadi telunjuk lurus tapi kelingking berkait..

Wednesday, December 8, 2010

Pentadbisan Padri Baru Anak Kuala Penyu

















Bermegahlah hai warga Katolik Kuala Penyu dimana telah dilahirkan seorang pembimbing Umat.


Akulah cahaya yang menerangkan dunia,
Antara warga muda yang akan di berikan bimbingan dan tunjuk ajar oleh Padri Justine.


PEMASANGAN PAIP SALURAN AIR BERSIH DI JALAN KAPURAN/RIMBAAN KUALA PENYU



Kerajaan Negeri telah melaksanakan satu lagi projek membaiki infrastruktur asas, iaitu memasang paip saluran air terawat sejauh lebihkurang 3Km untuk penduduk dikawasan Kapuran.


mungkin kuantiti air bersih adalah kurang tetapi dengan pengendalian teratur dan kecekapan oleh kakitangan Jabatan Air Kuala Penyu, Bekalan air boleh sampai kepada pengguna Kecuali kakitangan tidak berkhidmat dengan jujur dan amanah.


Kerajaan Barisan Nasional telah dan akan melaksanakan program-program pembangunan kepada keselesaan rakyatnya, Kerjasama erat diantara Penduduk, Kakitagan Kerajaan dan Badan Politik perlu seiring demi kesejahteraan semua. Pembangunan tidak akan datang serentak, tetapi dirancang dan disusun mengikut kedudukan ekonomi Negara dalam pengaruh ekonomi Global.

Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu



























Disember 02 2010

Setakat ini kemajuan pembinaan adalah memberansangkan, dimana pencapaian pembinaan telah menjangkau 50% penyiapan.


Gangguan daripada kelewatan bayaran pampasan keatas tanaman, tanah, bangunan telah mengganggu kerja-kerja dilaksanakan dengan terancang dan teratur.







Kilang pembekuan ais yang berada betul-betul di laluan jalan masih belum disempurnakan pampasannya, begitu juga dengan bangunan workshop, dan rumah persendirian.







Tuntutan-tuntutan luaran seperti sangkar Nelayan terosak akibat kederasan air juga diantara menjadi gangguan konsentrasi Pemaju.







Kerajaan Perlu membuat bayaran pampas an dengankadar segera untuk melicinkan kerja-kerja pembinaan untuk mengelakkan kelewatan penyiapan projek jelas Ir. Projek kepada Pegawai Ukur.







Kerja-kerja asas pembinaan bulatan perlu diadakan secepat mungkin.