Saturday, March 20, 2010

Ahli Ahli Majlis Daerah Kuala Penyu sesi 2010-2011
















Majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah tiga Daerah termasuk Kuala penyu sesi 2010-2011 telah diadakan di adakan di ballroom salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada 11 Mac 2010.





Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia YB(Kol) DSP Hj. Lajim Hj. Ukin, disaksikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,





Hadir sama adalah Ahli Dewan Rakyat Sipitang, ADUN Kuala Penyu, ADUN Lumadan, Setiausaha Politik Kementerian Perhubungan dan Kerja raya Sabah, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang.





Sebilangan besar Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Daerah Kuala Penyu juga turut hadir.





Adalah diharapkan agar kumpulan ahli-ahliMajlis pada sesi ini dapat menyuntikkan buah fikiran dan perancangan yang membina untuk Pembangunan terancang disamping mengambil kira isue alam sekitar dapat di laksanakan selaras dengan Agenda 21

Bengkel Pemantapan Pengurusan & PelaksanaanAktiviti Persatuan Belia sempena kempen akar umbi 2010











Seramai 30 orang belia dan belia wanis sekitar daerah Kuala Penyu telah menyertai bengkel selama 2 hari. Bengkel ini telah disempurnakan pelancaran dan penanguhannya oleh ADUN N26 Kuala Penyu. Turut hadir adalah beberapa orang wakil ketua Jabatan dan dua orang Pegawai Belia daripada Sipitang. Bengkal diuruskan oleh Sdra Ruslin latip selaku Pegawai KKBS Kuala Penyu




Pejabat Belia dan Suka Daerah ini sudah berumur melebihi 40 tahun perlu mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan Pusat agar para belia dapat dipimpin menjadi Belia yang berwawasan dan mampu mencorakkan hidup masa hadapan selaras dengan wawasan 2020. Sudah tiba masanya bangunan tua ini digantikan dengan sebuah bangunan yang baru




Juruacaranya agak gementar tapi boleh memimpin belia dan beliawanis yag ada syabas

Kebakaran Kebun Sawit d Kalampun


Tabiat suka membakar di kawasan paya gambut Nukahan ini telah memusnahkan sebuah ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh penduduk tempatan di kampung Kalampun. Penduduk ini amai Ngoai Undim dan Keluarga berkata mereka baru sahaja dapat menuai sebanyak 3 kali dengan hasil yang agak baik, tetapi kali ini ia musnah dijilat api.

Apakah tabiat kita ini tidak mahu diubah? sedangkan

beliau ini cuba membangunkan ekonomi keluarganya. Apakah kita tidak boleh mengusahakan tanah lapang yang kita ada? lihat sahaja tanah hutan yang telah diberikan kelulusan oleh kerajaan kepada warga Kuala Penyu. berapa besar yang sudah diusahakan? Kebanyakan tanah ini sudah bergeran sejak berpuluh tahun yang lalu tetapi masih besar yang belum diusahakan dan masih menyimpan monyet dan belukar.

Thursday, March 18, 2010

Pembinaan Jambatan Sungai Sitompok, Kuala Penyu


Projek ini telah di berikan kepada Pembinaan Azam Jaya Sdn. Bhd., Kerja-kerja awalan seperti penetapan sempadan, cadangan bayaran pampasan kepada harta yang terlibat sedang dilakukan. Kini laluan asas sudah dimulakan. Dengan harapan bahawa semua kerja-kerja berjalan lancar, kemudahan ini dijangka disiapkan selama 15 bulan

Jalan Kiambor/tempurong Bt.Luang




Jalan Kiambor/Tempurong/Batu Luang mula diturap dengan premix, kini hanya tinggal sebahagian sahaja yang masih mempunyai permukaan kelikir.


Tahniah dan terima kasih kepada Perwira Construction, Perwira tetap wira anak tempatan.


Cuma apa yang kita kuatir adalah perlumbaan haram oleh anak muda, jadi pada para Ibu-ibu dan bapa-bapa, nasihatkanlah anak-anak muda kita supaya menjauhi gejala ini.



Cuaca di Kuala Penyu kini semakin panas, alam sekitar mula mengering dan mudah terbakar. Kini tanah gambut nukahan dan sekitar mula menampakkan cahaya di waktu malam dan asap. berhati-hati ketika memandi melalui dikawasan ini.

Wednesday, March 17, 2010

Kempen mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyakuk Aedes melalui Gotong Royong
















ADUN N26 Kuala Penyu John Teo Mau Sing telah menyempurnakan kempen mencari dan memusnahkan sarang pembiakan nyamuk aedes bersma-sama dengan Pengerusi Penganjur Encik Edmund Teo , ahli-ahli Majlis Daerah yang dibantu oleh Pegawai Eksekutif Mohd fadzlee Lee bersama seluruh anggota Majlis Daerah Kuala Penyu yang ditempatkan samada di Pekan Kuala Penyu maupun Pekan Menumbok.





Turut menjayakan kempen ini adalah lebih 100 orang anggota perkhidmatan awam seluruh Daerah, Pemimpin-pemimpin tempatan, Ketua -ketua dan wakil Ketua anak Negeri, Ketua Ketua kampung, Pengerusi JKKK dan beberapa orang taukeh kedai Pekan Kuala penyu.





Anggota Perkhidmatan Bomba dan pencegah kebakaran turut membantu membersihkan parit sekitar pasar dan kedai/gerai




















Penyakit bawaan nyamuk Aedes seperti denggi dan cikkungunya mula menyerang penduduk sekitar Daerah Kuala Penyu. Kempen ante nyamuk telah di lancar pada 09 Mac 2010 oleh ADUN N26 Kuala penyu yang dianjurkan secara bersama diantara Kementerian Kesihatan dan Pejabat Daerah Kuala Penyu.





Ceramah Kesihatan telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Dr. Mohd. Yassin dan dibantu oleh Pegawai dan kakitangan Pejabat dan Klinik Kesihatan Kuala Penyu IK Freddie John Luji dan lain-lain.





Pegawai Daerah En. Edmund Teo selaku pengerusi kempen menaruhkan harapan agar kerja-kerja menjaga Kebersihan diri, persekitaran dapat diteruskan bukan sahaja untuk mengekalkan Pekan Kuala Penyu sebagai Pekan yang terbersih, tetapi juga mengurangkan resiko jangkitan penyakit bawaan nyamuk khasnya denggi dan Cikungkunya.





Ahli dewan undangan Negeri kawasan N26 juga mensyarankan supaya individu dapat meluangkan masa selama 10 hingga 30 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk berkenaan dengan memusnah bekas yang boleh menakun air jernih seperti tayar terpakai, tempurong kelapa, maupun mencuci dan memberus takungan air yang digunakan seperti kolah, tajau dan lain-lain. Hadir sama dalam sesi ceramah ini adalah pemimpin-pemimpin tempatan seperti Pengerusi JKKK, Ketua kampung, Ketua dan wakil Ketua anak negeri, maupun pegawai dan kakitangan agensi kerajaan dan swasta.





"TIADA AEDES TIADA DENGGI TIADA CIKUNGKUNYA"