Saturday, January 30, 2010

Gangguan Bekalan Air di Jalan kawasan Kiambor







Di kebelakangan ini, kebocoran air bersih daripada paip bekalan menyusul jalan Nalitang kiambor kian menjadi. Mungkin pekerja membaiki kerosakan ini kurang kemahiran tidak dapat menampung membaiki kerosakan. sehinggakan ada yang datang dam mengadu kepada Ahli Dewan Rakyat. Dimana oleh kerana ada yang telah mengadu tidak menerima bekalan sehingga lebih seminggu, adun sendiri telah melawati kawasan ini selama 3 hari berturut-turut. Beliau berterima kasih kepada Juruteknik Kanan Jabatan Air yang juga turut sama melawat kawasan sepanjang jalan. Kakitangan Syarikat sedang bertungkus lumus membaiki kerosakan tersebut.

Sunday, January 24, 2010

anak tatana Kembali ke kampung berusaha sendiri
















Seorang anak tempatan berketurunan Dusun tatana telah kembali ke kampung halaman. Setelah bekerja di Kota Kinabalu bersama isteri dan anak-anak terfikirkan akan ibu yang berusia emas duduk seorang di kampung membuat keputusan untuk mendampingi emak tersayang, kini mengusahakan kerja-kerja memproses sagu rumbia secara kecil-kecilan. Beliau membuat kerja-kerja ini di tepi rumah kediaman yang dibantu oleh isterinya. Beliau telah menggunakan mesin kuasa petrol untuk mengkisar batang rumbia, kemudiannya menggunakan enjin kerita juga berkuasa petrol untuk memproses sagunya.





Agak baik jika Kerajaan boleh membantu pengusaahan keci ini untuk menggunakan engin kuasa diesel agar perbelanjaan minyak boleh dikurangkan, maka keuntungan boleh bertambah.





Mungkin KPLB boleh membantu dalam perkara ini?





Berapa ramaikah anak muda kita akan mengutamakan ibunya untuk pulang dari perantauan?

Friday, January 15, 2010

Rumah usang yang di diduduki oleh 7 sekeluarga
















masih ada warga yang belum terbela, tidak pun tersenarai dalam e-kasih, KIRMT, dimana salahnya, adakah di pihaknya? atau UPKR? atau bahagian pengesanan Pembangunan Pejabat Daerah atau KPLB? atau ICU? atau saya ADUN sendiri atau mantan-mantan adun lalu? bayangkan halatuju miskin sifar hujung tahun 2010, mungkinkah hanya huruf sahaja yang sifar tapi hakikatnya tidak, adakah ini sulap sahaja? atau adakah ini rumah bertaraf SULAP, sama-sama kita fikirkan. saya percaya masih banyak lagi seperti ini. ruang tamu rumah ini terpaksa dilakukan di luar rumah, Lantai dalam rumah juga hanyalah tanah yang dilapiskan dengan tikar getah.

Thursday, January 14, 2010

Loji Bekalan mula beroperasi secara perlahan











Kini loji di Limbawang sudah mula diuji taulia, pam penggalak pertama telah mula di uji pada 13 Januari 2010, pam kedua pula pada 14 Januari. Gangguan bekalan akan berlaku apabila perpindahan booster pam di Kayul mula dilakukan, iaitu semasa mematikan bekalan letrik, panel Tenaga perlu di buka, dan diganti dengan yang baru, dimana panel sediada tidak dapat menampung beban tenaga yang diperlukan oleh pam-pam baru ini.

Tekanan air yang mendadak juga akan dikuatiri memecahkan paip lama sediada. maka air perlu disalurkan kedalam paip secara perlahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu adalah orang yang pertama menaiki tangki pengudaraan dan melihat sendiri proses menjernihkan air.
Tangki simpanan air di rumah pam kayul juga telah disi melebihi 6 meter dalam menampakan kemasukkan air bersih yang cukup banyak dan mampu menangani kekurangan air pada masa kini.

Friday, January 8, 2010

Gotong Royong membersih bahu jalan di Kg.Malampai











Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N26 Kuala Penyu bersama dengan Penyelia Masyarakat, Pengerusi JKKK, Ketua kampung beserta dengan penduduk kampung Malampai bergotong royong membersihkan / menebas kedua belah jalan raya Kampung Malampai.

Semangat bergotong royong sedemikian telah jarang diadakan buat masa kini kerana kebanyakan kerja-kerja diadakan mengunakan kontraktor.

Adakah gotong royong atau mitabang ini akan luput ditelah zaman?

Wednesday, January 6, 2010
















Air jernih mula terhasil, walaubagaimanapun, semua pepasangan perlu diuji, dibersihkan dan dibebas kuman, maka lebihkurang semingu ua ini , kita warga Kuala penyu, menumbok dan Klias bakal menikmati bekalan air bersih

Loji penapis air Limbawang mula di uji taulia







Alum di bubuh, tangki mendapan, penapis dan tangki imbangan telah membolehkan air kechocolatan bertukar menjadi jernih, tangki dan sistemnya masih perlu di cuci bersih barulah di agihkan kepada kegunaan awam, mungkin seminggu lagi